Langkau ke kandungan utama

Catatan

Home Gym : Pelaburan paling berbaloi untuk diri aku (Dan macam mana aku mula)

Bayangkan, kau bangun, kau pergi ke area bersenam dan terus mulakan training kau. Tak payah nak redah trafik, tak perlu nak bersesak dengan orang lain dan tak perlu buang masa tunggu giliran nak guna equipment. Hanya kau dengan kau punya body goal. Itulah kelebihan ada home gym. Zaman sekarang ni, masa itu duit. Lagi pun macam mana kau nak capai body goal kau kalau nak mulakan training pun banyak halangan kau kena hadap.  Sebab tu aku anggap home gym ni bukan untuk bermewah tapi satu kelebihan taktikal untuk aku berbanding orang lain. 1 - Jimat masa kaw-kaw Aku cakap direct la. Nak pergi ke gym, dengan trafik lagi, dengan nak cari parking, dengan nak tunggu orang guna equipment, semua ni pada aku boleh mengganggu momentum. Tapi bila dah ada home gym, aku dah tak payah fikir semua ni. Training aku start bila aku nak, aku pun tak payah nak fikir pasal perjalanan nak balik rumah pulak lepas aku habis training. Kalau perjalanan setiap kali pergi dan balik gym memakan masa t...

Cuba buat 4 pekara ini untuk selesaikan masalah badan kurang bertenaga

Salah satu masalah yang kita biasa dengar berulang kali daripada orang yang cuba nak jalanani gaya hidup fitness ni ialah dia kekurangan tenaga dan rasa lemau je. Terutama sekali bagi yang bekerjalah. Kalau kerja shift 12 jam sehari kata penat, tu kita boleh terima. Tapi yang kerja pejabat sehari 8-9 jam pun mengadu penat, mungkin beberapa tips ni boleh membantu. 1 - Tidur 7-9 jam sehari Biasanya semakin kau penat, semakin lama kau perlu tidur. Untuk hari pertama hingga ke tiga mungkin kau perlu tidur lebih dari 7jam sebab badan memang tak cukup rehat. Kadang kala sehingga 12jam. Tapi bila badan dah mula recover, kau boleh tidur dalam 7-8 jam. Jadikan 7-8 jam tidur sehari sebagai habit dan pastikan kau tak terlewat tidur lagi lepas ni 2 - Minum air kosong banyak Kalau di barat, ada yang cadangkan sehari satu galon air. Pada aku macam banyak sangat pula. Sebab tu aku rekomen dalam 2 ke 3 liter per hari. Ini kerana, kadang kala kau bukan penat pun cuma kekurangan air. 3 - Kurangkan minum...

Sebab aku suka minuman tanpa kalori

 Minuman tanpa kalori mendapat reputasi yang agak seimbang di internet. Ada yang kata bagus, ada yang kata boleh mendatangkan penyakit. Walaubagaimanapun, pendapat aku sendiri lebih cenderung untuk menyokong penggunaan minuman zero kalori terutamanya bagi orang yang nak turunkan berat badan. Ini sebab-sebabnya 1 - Sebab memudahkan pengurangan pengambilan kalori Untuk mengurangkan saiz dan lemak badan. Yang paling penting adalah pengambilan dan penggunaan kalori. Jumlah pengambilan kalori lebih mudah untuk diminimakan sekira minuman yang di ambil kurang kalori. Sebab tu itu kita digalakkan minum air kosong bersama hidangan harian kita. Tapi tak semua mampu bertahan dgn air kosong dan mininuman-minuman tanpa gula. Air zero kalori boleh  membantu bila aku berada dalam situasi craving macam ni. 2 - Sebab aku sendiri tak minum air zero kalori lebih dari 1L setiap minggu Kuantiti air zero kalori yang aku minum biasanya tak mencapai tahap 1L per minggu. Biasanya kalau beli sebotol be...

Buat 3 pekara ni di social media kalau nak kuruskan badan

Tak kira apa pun matlamat kau dalam fitness. Samada nak kuruskan badan, nak bina otot atau nak makan dengan lebih sihat. 3 pekara ni boleh melancarkan dan membantu kau fokus pada proses fitness kau. 1 - Unfollow food hunter Kau nak kawal makan tapi makanan yang sedap-sedap lalu kat tiktok dan facebook kau, kita tau benda ni akan buat kau hilang fokus pada proses diet kau. 2 - Follow, like dan komen pada akaun-akaun fitness Bila kau follow, like dan komen pada akaun dan post berkaitan fitness, lebih banyak posting berkaitan fitness akan ditunjukkan pada kau. Inilah caranya social media berfungsi, dia akan hidang pada kau jenis konten yang kau banyak respon. 3 - Jangan buat apa-apa posting tentang fitness. Ramai orang bila dia baru nak mula, dia buat posting tentang fitness di social media. Perbuatan macam ni boleh memalukan diri sekiranya diet kau ke laut kelak. Selain itu, bila kau post benda-benda berkaitan fitness ni, dan katalah kau berjaya jadi fit. Orang yang dengki akan jauh lebi...

3 pekara ni meningkatkan risiko cedera masa bersenam

Kecederaan waktu bersenam bukan setakat menyakitkan badan, malah ia juga boleh melambatkan proses mencantikkan badan kita akibat terpaksa berehat sehingga kecederaan kita pulih. Tapi risiko kecederaan ini sebenarnya boleh kita kurangkan kalau kita mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan ni. 1 - Melakukan gerak senam dengan form yang salah. Ini pernah aku rasai sendiri. Aku buat push up tapi tangan aku dikepakkan terlalu besar. Akibatnya aku punya join bahu sakit selama sebulan lebih. Form yang betul penting kalau kita nak kurangkan risiko cedera tak kira lah apa jenis senaman pun yang kita buat. 2 - Melakukan gerak senam untuk show off Kadang-kadang dalam keghairahan kita nak menunjuk-nunjuk tu kita boleh tercedera sebab bila kita niat nak menunjuk, kita akan cenderung untuk melakukan senaman diluar kemampuan kita. Contohnya, kita angkat berat yang melebihan kemampuan kita ketika digym. Ianya bukan lah sesuatu yang bijak untuk push diluar kemampuan kita semata-mata untuk show off d...

Elak makan semua makanan ni kalau nak kuruskan badan

Kalau kau baca posting-posting aku yang sebelum ni, kau tentu dah tau yang untuk menguruskan badan, kau perlu makan dalam jumlah kalori yang lebih rendah berbanding kalori yang kau guna. Setiap makanan mempunyai jumlah kalori yang berbeza. Ada yang rendah kalori, ada yang tinggi kalorinya. Disini aku nak kongsi dengan kau beberapa makanan yang sangat tinggi kalori nya walaupun kau makan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, cuba elakkan makanan ini untuk sementara kalau kau tengah cuba nak kurangkan lemak dalam badan. 1 - Segala jenis kerepek 2 - Segala jenis kekacang 3 - Segala jenis Kek dan makanan dari bakery 4 - Segala jenis keropok 5 - Kebanyakan minuman 3 in 1 6 - Minuman yang dicampur susu pekat manis 7 - Apam balik (banned kalau nak kurus) Kerepek, kekacang dan keropok sememangnya sesuai untuk orang zaman dulu kerana makanan jenis ini sangat tinggi kalori dan lambat luput. Maka sesuai la dengan orang dulu yang kehidupan harian mereka menggunakan tenaga fizikal yang sangat banyak (...

3 idola fitness yang kau kena follow

  Apa yang kau follow dinsocial media akan menentukan cara berfikir dan lifestyle kau. Kalau kau follow foodies, food hunter atau akaun-akaun resepi buat kek dan manisan, usaha untuk menjadikan fitness sebagai lifestyle baru kau akan bermasalah. Jadi, hari ini aku kongsi 3 akaun fitness yang kau kena follow supaya kau kekal bersemangat dan terpengaruh untuk menjadikan fitness sebagai satu lifestyle. 1 - Sazali samad Abang ni memang legend. Selalu buat life kat tiktok. Dan banyak buat video dia masak makanan diet dia kat youtube. Melalui youtube dia, aku belajar resepi-resepi diet yang kurang garam dan gula. Abang Sazali juga ada bagi tips kalau makan kat mamak, dia buat macam mana. Selain tu dia juga selalu tunjuk video dia tengah training. Dalam live tiktok dia, kadang-kadang dia makan sambil live. Jadi kita boleh tiru apa yang dia makan sebab biasanya abang Sazali ni dia akan makan makanan yang sesuai untuk diet bina otot dia. Tiktok id : sazali.samad / sazalisamad_dietfood 2 - K...

3 sebab aku rasa dumbbell lebih baik dari chalisthenic

Weight training atau dalam bahasa Melayu nya senaman bebanan adalah aktiviti wajib buat kalau kau nak bina otot. Aku perhatikan ramai orang muda zaman sekarang suka bodyweight workout berbanding main besi. Aku berpendapat senaman menggunakan peralatan seperti dumbbell lebih banyak kelebihannya berbanding bodyweight atau chalisthenic ni terutama dalam proses membesarkan otot. 1 - Mudah untuk progressive overload Antara cara paling cepat dan mudah untuk menambah saiz otot ialah dengan menambah berat beban yang kau angkat sewaktu latihan. Sebagai contoh, sekiranya pada minggu ini kau buat dumbbell press menggunakan dumbbell 10kg, minggu depan kau boleh tambah lagi 2.5kg berat pada dumbbell itu. (Maknanya minggu depan, berat dumbbell yang kau akan bertambah kepada 12.5kg) Progressive overload susah nak dilaksanakan dengan bodyweight. Ini kerana dengan body weight, berat yang kau angkat adalah berat badan kau. Maka kau perlukan peralatan tambah seperti weight vest untuk meningkatkan berat b...

Ini caranya kaki fitness kekal konsisten dengan diet dan workout plan mereka

   Aku rasa semua orang dah tau satu-satunya cara yang paling berkesan untuk kuruskan badan dan jadi fit adalah dengan kekal konsisten dengan diet plan kita untuk tempoh masa yang panjang. Iaitu sekitar 90 hari atau lebih. Tapi bukan semua orang berjaya untuk konsisten, yang mana merupakan penyebab utama kebanyakan orang gagal dalam usaha mereka. Jadi kali ni aku nak kongsi sikit idea yang mungkin membantu kau untuk kekal konsisten dengan diet plan yang kau dah pilih. 1 - Make it easy, permudahkan jangan perludahkan Antara penghalang utama kau untuk konsisten ialah diet plan yang terlalu rumit dan terlalu banyak sekatan. Contohnya, nak makan nasi? Tak boleh. Nak minum manis? Tak boleh. Nak sambut birthday kawan? Tak boleh banyak makanan manis. Kalau diet plan yang kau pilih terlalu rumit dan terlalu banyak restriction/sekatan, maka tak hairan lah kalau kau tak boleh konsisten. Macam mana nak konsisten melakukan sesuatu untuk jangka masa panjang, kalau dari awal lagi benda yang...

Guna 2 trick ni untuk jogging lebih jauh tanpa henti

    Jogging ni adalah salah satu senaman kardio yang bagus. Sebab mudah, low impact dan sesuai untuk newbies. Tapi kau mungkin tak mampu untuk jogging tanpa henti untuk jarak yang jauh. Jadi kali ni aku nak kongsi beberapa trick yang kau boleh guna untuk jogging tanpa henti jarak jauh. 1 - Seret kaki bila penat Cara paling mudah untuk jogging tanpa henti, ialah kau jangan berhenti. Haha Apa yang kau boleh buat bila kau dah mula rasa penat, ialah kurangkan ketinggian dan jarak langkah yang kau ambil ketika berjogging seolah-oleh kau menyeret kaki. Trick ni aku belajar dari kawan-kawan sewaktu aku join team rugbi waktu kat sekolah. Juru latih suruh jogging 20 pusingan padang bola. Dia berdiri tepi padang. Apa kami buat ialah, waktu lalu depan dia kami jogging betul. Dah jauh sikit di hujung padang bola tu kami seret je kaki kami tak jogging pun. Jadi kami kurang penat walaupun masih berjogging keliling padang. 2 - Gunakan muzik Jangan dengar lagu cinta pula. Sebaliknya gunakan l...

Nak ber-gym dirumah tapi rumah sempit? Kau cuma perlu 4 alat sahaja

 Apabila kita pergi gym, mestilah tujuan kita untuk bersenam. Sama ada untuk buat weight training, atau cardio. Tapi bukan semua orang ada masa nak weight training di gym. Bagi mereka yang bekerja 12 jam shift sehari dan mempunyai komitment keluarga, tentu la masa nak pergi gym tu terhad melainkan kalau gym tu memang depan rumah. Jadi home gym adalah solusinya. Tapi bagimana nak ada home gym kalau rumah kite sempit dan ruang tak banyak? Ini caranya. Kita mulakan dengan benda yang paling asas. 1 - Adjustable Dumbell Ini adalah peralatan paling asas yang perlu kau ada. Ada adjustable dumbell, auto kau boleh start ber-gym kat rumah. Dumbell ni tak makan banyak ruang, senang nak simpan, murah dan boleh ditambah beratnya dengan membeli lebih banyak plate. Aku cadangkan korang beli terus yang sepasang 15kg setiap sebelah. Plate tambahan boleh dibeli sedikit demi sedikit apabila kau dah semakin kuat dan boleh mengangkat beban yang lebih berat. Aku cadangkan dumbell dan plate besi. Tapi ka...

Melayani lapar - sesuatu yang ramai tak mahu terima

    Dalam proses untuk menguruskan badan. Kita perlu makan pada kadar kalori defisit. Ini bermakna, tenaga atau kalori (makanan) yang kita masukkan dalam badan mestilah lebih sedikit berbanding tenaga yang kita gunakan untuk kehidupan dan aktiviti sehari. Berada dalam keadaan kalori defisit untuk seminggu -dua tidak akan mengurangkan lemak dalam badan kau. Sebaliknya kau kena pastikan dalam sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hari, badan kau berada dalam keadaan kalori defisit pada kebanyakan hari nya. Rasa lapar itu normal, dan boleh dianggap sebagai sebahagian dari experience yang kau akan rasa dalam proses menguruskan badan Apabila kau berada dalam keadaan kalori defisit untuk tempoh masa yang lama, sudah tentu ada masa-masa tertentu kau akan rasa lapar tu. Malahan bukan setakat lapar, craving makanan-makanan manis dan berlemak pun adalah antara pekara yang biasa dirasai oleh mereka-mereka yang cuba untuk buang lemak dalak badan. Malah ada yang sampai tahap sakit kepala pada...

4 pekara ni akan bantu menjimatkan masa meal prep anda

  Meal prep sudah terbukti amat membantu bagi mereka yang nak fit atau jaga permakanan tapi tak cukup masa nak memasak hari-hari. Tapi macam mana kalau nak meal prep 3hari atau seminggu sekali pun kita rasa macam tak cukup masa? Kau boleh kurangkan masa untuk meal prep kalau kau buat 5 pekara ni. 1 - Beli peralatan/bahan yang memudahkan proses memasak. Peralatan dan bahan memasak moden zaman sekarang banyak membantu mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, kau boleh beli pes ikan bakar segera, sambal segera, bawang putih dah siap kupas, dan pelbagai lagi bahan masakan yang dah sedia untuk di masak bagi menjimatkan masa memasak kau. Peralatan moden macam air fryer dan blender pun membantu mengurangkan masa memasak. Mungkin kau kena keluar modal lebih sikit untuk beli bahan-bahan dan peralatan ni semua tapi pada aku duit yang dibelanjakan itu, “dilaburkan” pada diri sendiri dan untuk mencapai matlamat sendiri. Jadi, berbaloi lebur duit. 2 - Pilih resepi simple Pada aku, meal pr...

Apa penyebab gemuk padahal makan sedikit?

Kalau kau sekarang berdepan dengan situasi dimana berat badan kau tak turun-turun walaupun kau dah makan sikit, dan kau nak tau apa yang tak kena. Kau kena baca post ni sampai habis. Untuk selesaikan masalah ni, ada beberapa faktor yang kau nak kena periksa supaya kita boleh tahu yang mana satu punca nya dan sekaligus menurunkan berat badan kau. Tanpa buang masa, jom kita tengok apa penyebab kau masih gemuk walaupun kau makan sikit. Kau makan makanan yang tinggi kalori Bukan semua makanan mempunyai jumlah kalori yang sama. Contohnya makanan-makanan seperti kerepek, kekacang, kuih, biskut dan produk bakery mempunyai kalori yang sangat tinggi walaupun di ambil dalam kuantiti yang sedikit. Sebab tu ada orang yang berpendapat “daripada makan kerepek baik makan nasi campur terus”. Kau rasa kau makan sikit pada pandangan kau, padahal kau makan banyak Kalau kau jenis kuat makan dan berbadan besar selama ni, mungkin kau tersilap kira portion makanan yang kau perlu ambil. Orang yang gemuk dan d...

Cara jimat dan simple nak kuruskan badan tanpa produk

   Zaman sekarang ni banyak kita baca di sosial media tentang kesan sampingan produk-produk melangsingkan badan. Tak kurang juga komen-komen yang mengatakan produk-produk kuruskan badan ini tak berkesan.  Sebab itulah dalam post kali ni aku nak share cara paling senang tak payah pening kepala untuk anda semua kuruskan badan tanpa menggunakan produk-produk ni semua. Jimat duit, tak pening kepala dengan program kuruskan badan dan yang paling penting sekali, mudah untuk dilaksanakan.  Sebelum aku cerita tentang kaedah mudah untuk kuruskan tanpa produk ni, jom kita tengok dulu apa kaedah-kaedah nak kuruskan badan yang ada di internet sekarang, dan kenapa kaedah-kaedah ini semua susah untuk dilaksanakan. Diet Keto, Diet Vegan, Diet mediterranean, Mengira kalori dan pelbagai jenis diet lagi. Untuk pengetahuan anda, kesemua jenis diet ini berkesan kalau setakat nak menurukan berat badan. Cuma masalah nya adalah terlampau banyak sangat pantang larang dan benda yang kita perl...

Berat masih tak turun walaupun selepas mengamalkan diet atkins

Kalau kita tengok dekat meia sosial sekarang ni ramai orang mengaku yang mereka berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan diet atkin. Malah aku yakin mesti ada dikalangan kawan-kawan kau sendiri pun mengaku yang dia berjaya kurus lepas amalkan diet atkin ni. Tapi bila kau yang cuba buat, berat tetap juga tak turun-turun. Mesti kau pelik dah kenapa pula bila kau yang buat semua benda tak menjadi ni? Rileks, benda bukan salah kau. Tapi apa yang membuatkan kau masih tak kurus-kurus ialah jumlah pengambilan kalori. Bukan diet Atkin yang menyebabkan kurus Kalau nak kuruskan badan, jenis diet yang kau amalkan sebenarnya tak penting. Sebaliknya, yang menentukan kau semakin kurus atau gemuk ialah jumlah pengambilan kalori. Kalau kau makan McDonald setiap hari selama 90hari, kau tetap masih boleh jadi kurus sekiranya jumlah kalori yang masuk ke dalam badan setiap lebih rendah dari kalori yang kau gunakan. Cuma kau tak digalakkan makan McD setiap hari atas sebab untuk mengekalkan kesihatan. Apa ...

Rasa rugi untuk makan dikedai semasa berdiet

 Salah satu mindset yang ada pada orang Malaysia ni bila mereka berdiet ialah mereka akan rasa rugi bila makan di kedai makan. Yela, bayar harga makanan sama tapi dia terpaksa ambil makanan sikit. Kalau ambil banyak risau kelaut pula diet nya. Sebab ini, ramai yang memilih untuk tidak berdiet bila hari mereka terpaksa makan diluar. Contohnya macam waktu mereka tak sempat meal prep atau memasak.  Sebenarnya, ini ialah satu mindset yang tak betul. Ini sebab-sebabnya. 1. Rugi satu hari semata-mata sebab tak sempat masak Kalau kita off diet kita setiap kali kita terpaksa makan dikedai, ini akan melambatkan lagi progress kita dan menyebabkan kita kurus lebih lambat. 2. Proses penurunan berat badan jadi lebih menyusahkan Bila kita tak berdiet setiap kali terpaksa makan dikedai, ini menunjukkan bahawa diet kita tidak fleksibel. Sedikit kesilapan seperti tidak sempat memasak menyebabkan progress diet kita terdunda. Jadi apa mindset yang lebih sesuai untuk orang yang nak berdiet ni? Mi...

Kenapa badan tidak susut walaupun berat dah turun

Salah satu sebab kita nak turunkan berat badan ialah kerana kita nak kurangkan saiz badan dan pinggang kita supaya kita dapat kelihatan menarik dan senang nak cari pakaian. Tapi terdapat juga segelintir sari kita yang menghadapi masalah pelik. Iaitu badan kita tidak susut walaupun bila kita timbang berat badan kita menurun. Disini kesilapan kau... Lemak sebenarnya belum hilang Salah satu masalahnya dengan geng-geng nak kurus kan badan ni ialah mereka suka pencapaian jangka pendek. Mereka kawal makan dua-tiga hari, lepas tu mereka timbang tengok berat badan turun 1-2 kg, mereka sangka mereka dah kurus. Sebenarnya, berat badan mereka yang hilang itu berkemungkinan besar hanyalah berat air.  Berat badan kita akan berubah sewaktu kita kurang minum air, baru lepas berak atau baru lepas makan. Kebiasanya, sekiranya kita mengawal permakanan secara konsisten, kita akan dpt melihat penurunan berat badan lebib kurang 3kg sebulan. Jadi sekiranya kau baru berdiet 3 hari, dan kau timbang berat ...

Bagaimana nak berhenti makan benda manis.

Kalau dulu, ramai orang yang salah faham tentang kaborhidrat. Kesemua jenis kaborhidrat di label sebagai jahat sehingga ada yang nekad mengamalkan diet tanpa kaborhidrat termasuk buah-buahan. Tapi kini kita dah semakin berpengetahuan. Kita sedar yang menjadi punca utama kenaikan berat badan dan kemorosotan tahap kesihatan bukan lah kaborhidrat tapi sebalik makanan-makanan yang tinggi gula dan manis seperti pencuci mulut contohnya kek, roti-roti yang manis, dan minunan-minuman yang tinggi gula. Walaubagaimanapun, bukan semua orang mampu berhenti mengambil meninum dan makanan manis begitu sahaja walaupun mereka dah makkum tentang mudaratnya. Jadi dalam tulisan kali ni, aku akan kongsikan teknik macam mana kau boleh menghentikan pengambilan pencuci mulut dan makanan-makanan manis dalam permakanan kau. 1. Ianya ialah habit - cari apa yang trigger keinginan kau untuk makan manisan Seperti juga habit-habit buruk yang lain, menghentikan pengambilan makanan manis perlu dilakukan secara sedikit...

Kenapa anda tak kurus walaupun cuma makan 1200 kalori sehari?

Ramai orang dah tau bahawa untuk menurunkan berat badan, kalori yang kita makan mestilah lebih sikit dari kalori yang kita keluarkan. Kebanyakan orang menggunakan lebih kurang 1800 ke 2000 kalori sehari, manakala bagi orang yang aktif seperti pekerja buruh dan penggemar gym, mereka menggunakan lebih kurang 3000 ke 4000 kalori sehari. Maka, ramai orang cuba untuk kuruskan badan dengan mengira kalori harian yang mereka ambil, dan mereka cuma ambil 1200 kalori sahaja untuk setiap hari. Tapi mereka tetap tak kurus juga. Kenapa? Ini boleh berlaku, antara sebabnya ialah 1. Kiraan mereka salah Ramai yang tak suka dengar bila di beritahu yang mereka salah, tapi itu lah hakikatnya. Ramai yang tak tahu yang segala macam apps, dan pengiraan yang mereka guna untuk mengira kalori bukan lah 100% tepat. Tambahan lagi, kebanyakan orang lebih cenderung untuk undervalue jumlah kalori yang mereka anggarkan. Contohnya, bila mereka makan 2 senduk nasi, kuantiti 2 senduk nasi yang mereka ceduk mungkin tak s...