Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Cara untuk makan secara sihat tanpa memasak setiap hari

Percayalah, antara skill paling penting kau kena ada kalau nak jadi sado secara semula jadi dan sihat ialah memasak. Makanan yang dijual kat kedai biasanya memang tak berapa sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan atau nak sadokan badan. Tapi masalahnya dengan memasak ni, hampir semua orang boleh memasak sikit-sikit. Tapi tak semua orang ada masa nak memasak. Tambah lagi zaman sekarang ni, kerja 8jam, rehat makan 1 jam, perjalanan pergi dan balik kerja 1 jam dan tidur 8jam. Kau habiskan 18 jam sehari untuk kerja dan tidur sahaja. Macam mana nak masak? Kepada bakal abang-abang sado dan akak-akak slim diluar sana, jangan risau. Ini caranya 1 hari memasak mingguan Antara cara paling mudah untuk memastikan kita stay on diet tanpa terbabas ialah dengan melakukan penyediaan makanan untuk bekalan selama 1 minggu. (atau 3 hari) Cara ini telah diguna pakai oleh penggemar-penggemar gym di seluruh dunia untuk memastikan mereka mendapat jumlah protein, lemak, nutrisi d

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi

Diet selalu kantoi? Guna taktik mudah ni untuk pastikan diet anda kekal ON

Plan nak makan sehari 4 kali, tapi terlajak pula makan biskut tengah malam Ingat malam nak makan oat dengan buah je, lepas tu rasa lapar terlajak pula makan nasi goreng Biasa tak kantoi diet macam ni? Atau berdepan dengan situasi yang lebih kurang macam ni? Kalau pernah jangan risau, dalam post kali ni aku akan kongsi satu taktik nak elakkan diet kau dari terkantoi. Taktik ni juga boleh digunakan untuk menahan lapar. Alihkan perhatian kau jauh dari makanan Kadang-kadang yang kau rasa macam nak makan tu bukan sebab kau lapar, tapi sebab kau dah terbiasa dengan habit sikit-sikit cari makanan. Selain tu kau jugak mungkin rasa macam lapar sebab kau bosan. Dalam kes macam ni, kau boleh elakkan diet kau dari kantoi dengan cara mengalihkan perhatiankan dari makanan , tapi sebelum kita cerita pasal teknik kita cuba check dulu samada kau betul-betul lapar atau tak. Macam mana nak tau kau betul-betul lapar atau tak? Bayangkan kau tengah makan sayur, best tak? Kalau sampa

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan. cara nak jadi sado macam ni 80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam. Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman. So, makan apa kali ni? Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan. Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protei

Tiada motivasi untuk turunkan berat badan? Baca ni

Bila kita bercakap tentang diet, kita tak dapat lari dari bercakap tentang motivasi untuk turunkan berat badan. Ramai orang ambil keputusan untuk ubah kehidupan mereka bila mereka rasa motivated, kemudian gagal atau berhenti macam tu je.  Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam. Kenapa benda ni berlaku? Kau nak tau tak yang sebenarnya motivasi tak penting untuk turunkan berat badan . Kenapa motivasi tak banyak membantu? 1 - Orang yang rasa bermotivasi tak akan kekal dalam keadaan macam tu selama 3 bulan. Untuk nampak hasil daripada diet dan senaman kau, kau perlu konsisten selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Manakala motivasi untuk turunkan berat badan biasanya cuma bertahan selama 1 hari. 2 - Satu lagi masalahnya ialah kau tak mungkin akan rasa motivated setiap hari, dalam kehidupan kita ni pasti akan ada hari yang kita “down”. Mungkin hari ini kau “down” sebab hal kat tempat kerja, mungkin sebab kau masak menu diet kau tak menjadi, mungkin