Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Adakah diet tak makan nasi berkesan?

Pelbagai kaedah digunakan oleh warga Malaysia untuk kuruskan badan. Ada yang berhenti ambil gula, ada yang cuma makan sekali sehari dan kini ada pula yang mendapat ilham untuk menguruskan badan dengan cara menghentikan pengambilan nasi. Adakah cara ini berkesan? Mampukah menghentikan pengambilan nasi dalam kehidupan kita akan mempercepatkan proses menguruskan badan? Jawapannya ialah TIDAK jika anda menggantikan nasi dengan benda lain seperti mee dan bihun. Kenapa tidak? Sebab kelajuan badan anda kurus langsung tak ada kaitan dengan pengambilan nasi. Kaum wanita terutamanya sering terpedaya dengan persepsi yang salah ini. Ramai yang berhenti mengambil nasi dan menggantikan nasi dengan bihun. Pada saya ini perbuatan yang tidak bermanfaat. Tahukah anda bihun juga adalah sejenis kaborhidrat, sama seperti nasi? Malah, kandongan kalori dalam 2 senduk bihun yang digoreng lebih tinggi dari kandungan kalori dalam dua senduk nasi. Bihun yang dimakan dengan kuah seperti bihun sup pula mengandungi

Bolehkah makan berkuah ketika berdiet?

Bila kita tengok gambar contoh-contoh makanan diet di internet, biasanya kita akan perasan kebanyakan makanan yang di tunjukkan tidak mengandungi kuah atau dalam kata lainnya, kering je. Maka timbul persoalan dikalangan newbie kenapa kebanyakan contoh makanan tersebut tidak berkuah? Adakah kuah mengandungi kalori? Jawapan mudah untuk soalan tersebut ialah Ya, kuah mengandungi kalori dan kuah boleh memperlahankan proses menguruskan badan. Seperti yang ramai tahu, untuk mengurangkan lemak, kita perlu pastikan kalori yang kita makan lebih sikit berbanding kalori yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Macam mana cara untuk pastikan jumlah kalori yang kita gunakan (kalori keluar) lebih tinggi dari kalori yang kita makan (kalori masuk)? Ada dua cara, iaitu pertama, dengan memastikan kalori yang kita makan adalah rendah antaranya melalui: 1. Kurangkan minum minuman berkalori seperti milo, susu, bubble tea dan lain-lain minuman manis. 2. Kurangkan kalori dari kuah atau ta

5 faktor yang membuatkan ramai berjaya menurunkan berat badan

(Tak kira jenis diet apa sekalipun yang anda ikuti) Kalau kita dekat social media sekarang, ramai orang yang bertelagah tentang diet mana yang paling berkesan dalam menurunkan berat badan. Ada yang kata diet Atkin, ada yang kata diet suku-suku separuh, ada yang kata eat clean, malah ada juga yang kata diet makan telur rebus paling berkesan. Padahal, jenis diet ni bukan lah pekara yang penting sangat pun dalam menentukan samada seseorang itu akan berjaya menurunkan berat badannya atau tidak. Sebaliknya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu dalam usahanya untuk menurunkan berat badan amat lah bergantung kepada 5 faktor ini. 1. PERSEKITARAN Tak kira apa program atau jenis permakanan yang anda ikuti, anda tidak akan berjaya sekiranya persekitaran anda tidak konduktif. Sebagai contoh, pasti sukar untuk anda berjaya sekiranya peti ais rumah anda dipenuhi dengan aiskrim, jajan dan pelbagai jenis makanan tinggi kalori, di Facebook dan IG anda follow page-page restoran, dan anda dikelilingi ol