Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Cara untuk makan secara sihat tanpa memasak setiap hari

Percayalah, antara skill paling penting kau kena ada kalau nak jadi sado secara semula jadi dan sihat ialah memasak. Makanan yang dijual kat kedai biasanya memang tak berapa sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan atau nak sadokan badan. Tapi masalahnya dengan memasak ni, hampir semua orang boleh memasak sikit-sikit. Tapi tak semua orang ada masa nak memasak. Tambah lagi zaman sekarang ni, kerja 8jam, rehat makan 1 jam, perjalanan pergi dan balik kerja 1 jam dan tidur 8jam. Kau habiskan 18 jam sehari untuk kerja dan tidur sahaja. Macam mana nak masak? Kepada bakal abang-abang sado dan akak-akak slim diluar sana, jangan risau. Ini caranya 1 hari memasak mingguan Antara cara paling mudah untuk memastikan kita stay on diet tanpa terbabas ialah dengan melakukan penyediaan makanan untuk bekalan selama 1 minggu. (atau 3 hari) Cara ini telah diguna pakai oleh penggemar-penggemar gym di seluruh dunia untuk memastikan mereka mendapat jumlah protein, lemak, nutrisi d