Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

Cuba buat 4 pekara ini untuk selesaikan masalah badan kurang bertenaga

Salah satu masalah yang kita biasa dengar berulang kali daripada orang yang cuba nak jalanani gaya hidup fitness ni ialah dia kekurangan tenaga dan rasa lemau je. Terutama sekali bagi yang bekerjalah. Kalau kerja shift 12 jam sehari kata penat, tu kita boleh terima. Tapi yang kerja pejabat sehari 8-9 jam pun mengadu penat, mungkin beberapa tips ni boleh membantu. 1 - Tidur 7-9 jam sehari Biasanya semakin kau penat, semakin lama kau perlu tidur. Untuk hari pertama hingga ke tiga mungkin kau perlu tidur lebih dari 7jam sebab badan memang tak cukup rehat. Kadang kala sehingga 12jam. Tapi bila badan dah mula recover, kau boleh tidur dalam 7-8 jam. Jadikan 7-8 jam tidur sehari sebagai habit dan pastikan kau tak terlewat tidur lagi lepas ni 2 - Minum air kosong banyak Kalau di barat, ada yang cadangkan sehari satu galon air. Pada aku macam banyak sangat pula. Sebab tu aku rekomen dalam 2 ke 3 liter per hari. Ini kerana, kadang kala kau bukan penat pun cuma kekurangan air. 3 - Kurangkan minum

Sebab aku suka minuman tanpa kalori

 Minuman tanpa kalori mendapat reputasi yang agak seimbang di internet. Ada yang kata bagus, ada yang kata boleh mendatangkan penyakit. Walaubagaimanapun, pendapat aku sendiri lebih cenderung untuk menyokong penggunaan minuman zero kalori terutamanya bagi orang yang nak turunkan berat badan. Ini sebab-sebabnya 1 - Sebab memudahkan pengurangan pengambilan kalori Untuk mengurangkan saiz dan lemak badan. Yang paling penting adalah pengambilan dan penggunaan kalori. Jumlah pengambilan kalori lebih mudah untuk diminimakan sekira minuman yang di ambil kurang kalori. Sebab tu itu kita digalakkan minum air kosong bersama hidangan harian kita. Tapi tak semua mampu bertahan dgn air kosong dan mininuman-minuman tanpa gula. Air zero kalori boleh  membantu bila aku berada dalam situasi craving macam ni. 2 - Sebab aku sendiri tak minum air zero kalori lebih dari 1L setiap minggu Kuantiti air zero kalori yang aku minum biasanya tak mencapai tahap 1L per minggu. Biasanya kalau beli sebotol besar air z

Buat 3 pekara ni di social media kalau nak kuruskan badan

Tak kira apa pun matlamat kau dalam fitness. Samada nak kuruskan badan, nak bina otot atau nak makan dengan lebih sihat. 3 pekara ni boleh melancarkan dan membantu kau fokus pada proses fitness kau. 1 - Unfollow food hunter Kau nak kawal makan tapi makanan yang sedap-sedap lalu kat tiktok dan facebook kau, kita tau benda ni akan buat kau hilang fokus pada proses diet kau. 2 - Follow, like dan komen pada akaun-akaun fitness Bila kau follow, like dan komen pada akaun dan post berkaitan fitness, lebih banyak posting berkaitan fitness akan ditunjukkan pada kau. Inilah caranya social media berfungsi, dia akan hidang pada kau jenis konten yang kau banyak respon. 3 - Jangan buat apa-apa posting tentang fitness. Ramai orang bila dia baru nak mula, dia buat posting tentang fitness di social media. Perbuatan macam ni boleh memalukan diri sekiranya diet kau ke laut kelak. Selain itu, bila kau post benda-benda berkaitan fitness ni, dan katalah kau berjaya jadi fit. Orang yang dengki akan jauh lebi

3 pekara ni meningkatkan risiko cedera masa bersenam

Kecederaan waktu bersenam bukan setakat menyakitkan badan, malah ia juga boleh melambatkan proses mencantikkan badan kita akibat terpaksa berehat sehingga kecederaan kita pulih. Tapi risiko kecederaan ini sebenarnya boleh kita kurangkan kalau kita mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan ni. 1 - Melakukan gerak senam dengan form yang salah. Ini pernah aku rasai sendiri. Aku buat push up tapi tangan aku dikepakkan terlalu besar. Akibatnya aku punya join bahu sakit selama sebulan lebih. Form yang betul penting kalau kita nak kurangkan risiko cedera tak kira lah apa jenis senaman pun yang kita buat. 2 - Melakukan gerak senam untuk show off Kadang-kadang dalam keghairahan kita nak menunjuk-nunjuk tu kita boleh tercedera sebab bila kita niat nak menunjuk, kita akan cenderung untuk melakukan senaman diluar kemampuan kita. Contohnya, kita angkat berat yang melebihan kemampuan kita ketika digym. Ianya bukan lah sesuatu yang bijak untuk push diluar kemampuan kita semata-mata untuk show off d

Elak makan semua makanan ni kalau nak kuruskan badan

Kalau kau baca posting-posting aku yang sebelum ni, kau tentu dah tau yang untuk menguruskan badan, kau perlu makan dalam jumlah kalori yang lebih rendah berbanding kalori yang kau guna. Setiap makanan mempunyai jumlah kalori yang berbeza. Ada yang rendah kalori, ada yang tinggi kalorinya. Disini aku nak kongsi dengan kau beberapa makanan yang sangat tinggi kalori nya walaupun kau makan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, cuba elakkan makanan ini untuk sementara kalau kau tengah cuba nak kurangkan lemak dalam badan. 1 - Segala jenis kerepek 2 - Segala jenis kekacang 3 - Segala jenis Kek dan makanan dari bakery 4 - Segala jenis keropok 5 - Kebanyakan minuman 3 in 1 6 - Minuman yang dicampur susu pekat manis 7 - Apam balik (banned kalau nak kurus) Kerepek, kekacang dan keropok sememangnya sesuai untuk orang zaman dulu kerana makanan jenis ini sangat tinggi kalori dan lambat luput. Maka sesuai la dengan orang dulu yang kehidupan harian mereka menggunakan tenaga fizikal yang sangat banyak (

3 idola fitness yang kau kena follow

  Apa yang kau follow dinsocial media akan menentukan cara berfikir dan lifestyle kau. Kalau kau follow foodies, food hunter atau akaun-akaun resepi buat kek dan manisan, usaha untuk menjadikan fitness sebagai lifestyle baru kau akan bermasalah. Jadi, hari ini aku kongsi 3 akaun fitness yang kau kena follow supaya kau kekal bersemangat dan terpengaruh untuk menjadikan fitness sebagai satu lifestyle. 1 - Sazali samad Abang ni memang legend. Selalu buat life kat tiktok. Dan banyak buat video dia masak makanan diet dia kat youtube. Melalui youtube dia, aku belajar resepi-resepi diet yang kurang garam dan gula. Abang Sazali juga ada bagi tips kalau makan kat mamak, dia buat macam mana. Selain tu dia juga selalu tunjuk video dia tengah training. Dalam live tiktok dia, kadang-kadang dia makan sambil live. Jadi kita boleh tiru apa yang dia makan sebab biasanya abang Sazali ni dia akan makan makanan yang sesuai untuk diet bina otot dia. Tiktok id : sazali.samad / sazalisamad_dietfood 2 - Kobau

3 sebab aku rasa dumbbell lebih baik dari chalisthenic

Weight training atau dalam bahasa Melayu nya senaman bebanan adalah aktiviti wajib buat kalau kau nak bina otot. Aku perhatikan ramai orang muda zaman sekarang suka bodyweight workout berbanding main besi. Aku berpendapat senaman menggunakan peralatan seperti dumbbell lebih banyak kelebihannya berbanding bodyweight atau chalisthenic ni terutama dalam proses membesarkan otot. 1 - Mudah untuk progressive overload Antara cara paling cepat dan mudah untuk menambah saiz otot ialah dengan menambah berat beban yang kau angkat sewaktu latihan. Sebagai contoh, sekiranya pada minggu ini kau buat dumbbell press menggunakan dumbbell 10kg, minggu depan kau boleh tambah lagi 2.5kg berat pada dumbbell itu. (Maknanya minggu depan, berat dumbbell yang kau akan bertambah kepada 12.5kg) Progressive overload susah nak dilaksanakan dengan bodyweight. Ini kerana dengan body weight, berat yang kau angkat adalah berat badan kau. Maka kau perlukan peralatan tambah seperti weight vest untuk meningkatkan berat b

Ini caranya kaki fitness kekal konsisten dengan diet dan workout plan mereka

   Aku rasa semua orang dah tau satu-satunya cara yang paling berkesan untuk kuruskan badan dan jadi fit adalah dengan kekal konsisten dengan diet plan kita untuk tempoh masa yang panjang. Iaitu sekitar 90 hari atau lebih. Tapi bukan semua orang berjaya untuk konsisten, yang mana merupakan penyebab utama kebanyakan orang gagal dalam usaha mereka. Jadi kali ni aku nak kongsi sikit idea yang mungkin membantu kau untuk kekal konsisten dengan diet plan yang kau dah pilih. 1 - Make it easy, permudahkan jangan perludahkan Antara penghalang utama kau untuk konsisten ialah diet plan yang terlalu rumit dan terlalu banyak sekatan. Contohnya, nak makan nasi? Tak boleh. Nak minum manis? Tak boleh. Nak sambut birthday kawan? Tak boleh banyak makanan manis. Kalau diet plan yang kau pilih terlalu rumit dan terlalu banyak restriction/sekatan, maka tak hairan lah kalau kau tak boleh konsisten. Macam mana nak konsisten melakukan sesuatu untuk jangka masa panjang, kalau dari awal lagi benda yang kau nak

Guna 2 trick ni untuk jogging lebih jauh tanpa henti

    Jogging ni adalah salah satu senaman kardio yang bagus. Sebab mudah, low impact dan sesuai untuk newbies. Tapi kau mungkin tak mampu untuk jogging tanpa henti untuk jarak yang jauh. Jadi kali ni aku nak kongsi beberapa trick yang kau boleh guna untuk jogging tanpa henti jarak jauh. 1 - Seret kaki bila penat Cara paling mudah untuk jogging tanpa henti, ialah kau jangan berhenti. Haha Apa yang kau boleh buat bila kau dah mula rasa penat, ialah kurangkan ketinggian dan jarak langkah yang kau ambil ketika berjogging seolah-oleh kau menyeret kaki. Trick ni aku belajar dari kawan-kawan sewaktu aku join team rugbi waktu kat sekolah. Juru latih suruh jogging 20 pusingan padang bola. Dia berdiri tepi padang. Apa kami buat ialah, waktu lalu depan dia kami jogging betul. Dah jauh sikit di hujung padang bola tu kami seret je kaki kami tak jogging pun. Jadi kami kurang penat walaupun masih berjogging keliling padang. 2 - Gunakan muzik Jangan dengar lagu cinta pula. Sebaliknya gunakan lagu-lagu

Nak ber-gym dirumah tapi rumah sempit? Kau cuma perlu 4 alat sahaja

 Apabila kita pergi gym, mestilah tujuan kita untuk bersenam. Sama ada untuk buat weight training, atau cardio. Tapi bukan semua orang ada masa nak weight training di gym. Bagi mereka yang bekerja 12 jam shift sehari dan mempunyai komitment keluarga, tentu la masa nak pergi gym tu terhad melainkan kalau gym tu memang depan rumah. Jadi home gym adalah solusinya. Tapi bagimana nak ada home gym kalau rumah kite sempit dan ruang tak banyak? Ini caranya. Kita mulakan dengan benda yang paling asas. 1 - Adjustable Dumbell Ini adalah peralatan paling asas yang perlu kau ada. Ada adjustable dumbell, auto kau boleh start ber-gym kat rumah. Dumbell ni tak makan banyak ruang, senang nak simpan, murah dan boleh ditambah beratnya dengan membeli lebih banyak plate. Aku cadangkan korang beli terus yang sepasang 15kg setiap sebelah. Plate tambahan boleh dibeli sedikit demi sedikit apabila kau dah semakin kuat dan boleh mengangkat beban yang lebih berat. Aku cadangkan dumbell dan plate besi. Tapi kalau

Melayani lapar - sesuatu yang ramai tak mahu terima

    Dalam proses untuk menguruskan badan. Kita perlu makan pada kadar kalori defisit. Ini bermakna, tenaga atau kalori (makanan) yang kita masukkan dalam badan mestilah lebih sedikit berbanding tenaga yang kita gunakan untuk kehidupan dan aktiviti sehari. Berada dalam keadaan kalori defisit untuk seminggu -dua tidak akan mengurangkan lemak dalam badan kau. Sebaliknya kau kena pastikan dalam sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hari, badan kau berada dalam keadaan kalori defisit pada kebanyakan hari nya. Rasa lapar itu normal, dan boleh dianggap sebagai sebahagian dari experience yang kau akan rasa dalam proses menguruskan badan Apabila kau berada dalam keadaan kalori defisit untuk tempoh masa yang lama, sudah tentu ada masa-masa tertentu kau akan rasa lapar tu. Malahan bukan setakat lapar, craving makanan-makanan manis dan berlemak pun adalah antara pekara yang biasa dirasai oleh mereka-mereka yang cuba untuk buang lemak dalak badan. Malah ada yang sampai tahap sakit kepala pada seminggu

4 pekara ni akan bantu menjimatkan masa meal prep anda

  Meal prep sudah terbukti amat membantu bagi mereka yang nak fit atau jaga permakanan tapi tak cukup masa nak memasak hari-hari. Tapi macam mana kalau nak meal prep 3hari atau seminggu sekali pun kita rasa macam tak cukup masa? Kau boleh kurangkan masa untuk meal prep kalau kau buat 5 pekara ni. 1 - Beli peralatan/bahan yang memudahkan proses memasak. Peralatan dan bahan memasak moden zaman sekarang banyak membantu mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, kau boleh beli pes ikan bakar segera, sambal segera, bawang putih dah siap kupas, dan pelbagai lagi bahan masakan yang dah sedia untuk di masak bagi menjimatkan masa memasak kau. Peralatan moden macam air fryer dan blender pun membantu mengurangkan masa memasak. Mungkin kau kena keluar modal lebih sikit untuk beli bahan-bahan dan peralatan ni semua tapi pada aku duit yang dibelanjakan itu, “dilaburkan” pada diri sendiri dan untuk mencapai matlamat sendiri. Jadi, berbaloi lebur duit. 2 - Pilih resepi simple Pada aku, meal prepin