Dalam proses untuk menguruskan badan. Kita perlu makan pada kadar kalori defisit.
Ini bermakna, tenaga atau kalori (makanan) yang kita masukkan dalam badan mestilah lebih sedikit berbanding tenaga yang kita gunakan untuk kehidupan dan aktiviti sehari.
Berada dalam keadaan kalori defisit untuk seminggu -dua tidak akan mengurangkan lemak dalam badan kau.
Sebaliknya kau kena pastikan dalam sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hari, badan kau berada dalam keadaan kalori defisit pada kebanyakan hari nya.
Rasa lapar itu normal, dan boleh dianggap sebagai sebahagian dari experience yang kau akan rasa dalam proses menguruskan badan
Apabila kau berada dalam keadaan kalori defisit untuk tempoh masa yang lama, sudah tentu ada masa-masa tertentu kau akan rasa lapar tu.
Malahan bukan setakat lapar, craving makanan-makanan manis dan berlemak pun adalah antara pekara yang biasa dirasai oleh mereka-mereka yang cuba untuk buang lemak dalak badan.
Malah ada yang sampai tahap sakit kepala pada seminggu pertama diet mereka kerana tidak biasa dengan gaya permakanan berkalori rendah sebelum ini.
Tak perlu elak lapar, layari sahaja rasa itu
Atas sebab ini, aku berpendapat rasa lapar sesekali sepanjang tempoh 90 hari adalah pekara biasa bagi orang yang nak kuruskan badan.
Selagi mana perasaan lapar itu belum sampai tahap kebulur atau keterlaluan, layan sahaja.
Pemikiran terlalu takut lapar boleh melambatkan malah menyebabkan proses mengurangkan lemak badan jadi terganggu.
Jadi lepas ni kau boleh cuba set kan satu diet plan untuk kuruskan badan, rancang apa yang kau nak makan untuk minggu depan untuk kurangkan berat badan dan ikut perancangan permakanan kau walaupun ada rasa lapar.
Buat perancangan yang realistik, jangan kau rancang nak makan nasi sepinggan sehari pula kalau sebelum ni kau hari-hari makan 7 pinggan.
Ulasan
Catat Ulasan