Langkau ke kandungan utama

Guna 2 trick ni untuk jogging lebih jauh tanpa henti

 

 

Jogging ni adalah salah satu senaman kardio yang bagus.

Sebab mudah, low impact dan sesuai untuk newbies. Tapi kau mungkin tak mampu untuk jogging tanpa henti untuk jarak yang jauh.

Jadi kali ni aku nak kongsi beberapa trick yang kau boleh guna untuk jogging tanpa henti jarak jauh.

1 - Seret kaki bila penat
Cara paling mudah untuk jogging tanpa henti, ialah kau jangan berhenti. Haha

Apa yang kau boleh buat bila kau dah mula rasa penat, ialah kurangkan ketinggian dan jarak langkah yang kau ambil ketika berjogging seolah-oleh kau menyeret kaki.

Trick ni aku belajar dari kawan-kawan sewaktu aku join team rugbi waktu kat sekolah.

Juru latih suruh jogging 20 pusingan padang bola. Dia berdiri tepi padang. Apa kami buat ialah, waktu lalu depan dia kami jogging betul. Dah jauh sikit di hujung padang bola tu kami seret je kaki kami tak jogging pun. Jadi kami kurang penat walaupun masih berjogging keliling padang.

2 - Gunakan muzik
Jangan dengar lagu cinta pula. Sebaliknya gunakan lagu-lagu yang boleh menyalakan emosi kau. Lagu-lagu yang menyalakan “dark side” kau, amarah kau atau emosi pejuang kau.

Setiap orang akan beri riaksi yang berbeza terhadap genre muzik yang berbeza. Ada yang semangat “fighter” dia menyala bila dengar lagu gangster hip hop, ada yang menyala bila dengar lagu metal, phonk dan macam-macam lagi.

Kau pilih la muzik yang menyalakan semangat dan emosi fighter kau sambil berjogging. Muzik ni akan buat kau tak sedar kau dah jogging jauh. Tau-tau je dah 5km kau jogging.

3 - pastikan tidur dan air yang cukup
Tidur dan air yang cukup sangat penting kalau kau nak buat senaman apa pun.

Walaupun jogging pada aku bukan la senaman yang high impact tapi sangat susah untuk kita buat senaman apa pun kalau dari mula lagi badan memang dah tak boleh pergi.

Jadi lepas ni aku nak kau cuba trick yang aku bagi kat atas sewaktu jogging. Tengok jarak kau berjogging boleh bertambah ke tak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 ka...

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...