Langkau ke kandungan utama

Home Gym : Pelaburan paling berbaloi untuk diri aku (Dan macam mana aku mula)

Bayangkan, kau bangun, kau pergi ke area bersenam dan terus mulakan training kau. Tak payah nak redah trafik, tak perlu nak bersesak dengan orang lain dan tak perlu buang masa tunggu giliran nak guna equipment.


Hanya kau dengan kau punya body goal.


Itulah kelebihan ada home gym. Zaman sekarang ni, masa itu duit. Lagi pun macam mana kau nak capai body goal kau kalau nak mulakan training pun banyak halangan kau kena hadap. 


Sebab tu aku anggap home gym ni bukan untuk bermewah tapi satu kelebihan taktikal untuk aku berbanding orang lain.


1 - Jimat masa kaw-kaw

Aku cakap direct la. Nak pergi ke gym, dengan trafik lagi, dengan nak cari parking, dengan nak tunggu orang guna equipment, semua ni pada aku boleh mengganggu momentum.

Tapi bila dah ada home gym, aku dah tak payah fikir semua ni. Training aku start bila aku nak, aku pun tak payah nak fikir pasal perjalanan nak balik rumah pulak lepas aku habis training.


Kalau perjalanan setiap kali pergi dan balik gym memakan masa total 20 minit, dan aku training seminggu 4 kali. Aku dah boleh jimat masa sejam lebih setiap minggu.

Sejam lebih tu boleh diluangkan untuk berehat, untuk keluarga atau kawan dan hal-hal kerja.

2 - Tak ada gangguan atau menunggu untuk equipment

Satu lagi kelebihan besar bila aku ada home gym ni ialah tak perlu tunggu nak pakai equipment. 


Antara benda yang paling leceh bila training ni ialah orang berebut nak pakai power rack/squat rack. Kadang-kadang nak tunggu gilaran nak pakai squat rack tu je dah 15 ke 20 minit. 


Lepas tu bila giliran aku nak pakai rack, ramai pula yang datang tanya berapa set lagi. Aku jadi terburu-buru nak habiskan set aku sebab aku ni jenis yang terlalu fikir pasal orang.


Tapi bila ada home gym, equipment 100% aku punya. Tak perlu tunggu, tak ada gangguan.


3 - Kurangkan halangan untuk membina habit.

Aku percaya pada konsep consistency over intensity dalam nak capai apa sekalipun. Untuk consistent, kita kena bina habit. 


faktor macam trafik, gym yang padat, berebut equipment, social anxiety ni semua boleh menjadi penghalang untuk aku bina workout habit yang consistent. 


Home gym mengatasi semua faktor ni dan memudahkan aku untuk kekal consistent dalam membina habit dan disiplin untuk training.


4 - Kos efektif untuk jangka masa panjang

Kos untuk masuk gym lebih kurang RM70 ke RM 200 setahun. Dalam tempoh 3 tahun, dah RM2,500 ke RM7000. Cukup untuk bina basic home gym. 


Macam aku, target pergi gym memang semata-mata nak fit, maintain kesihatan dan nak bagi nampak badan lawa sikit bila shirtless. Bukan nak buat muscle besar-besar sangat macam serious gym goers. 


So home gym ni memang memadai dan lebih jimat untuk masa panjang bagi yang target macam aku.


5 - Flexible untuk gaya hidup aku

Boleh train bila aku nak, boleh pasang lagu yang aku minat, nak bersenam tak pakai baju pun boleh, equipment semua dah setup ikut kesesuaian aku, tak ada orang ubah. Tak ada rules, semua flexible dan boleh disesuaikan ikut suka dan gaya hidup aku.


Macam mana aku mula?


Home Gym Basic - Equipment Kena Ada Kalau Nak Result Cantik

Ni semua equipment asas yang aku beli. Tak perlu fancy tapi cukup untuk strength training dan kardio.


#1 Adjustable Workout Bench

Terpaling basic. Ada orang dia pakai kerusi kayu panjang je. Tapi aku suka proper workout bench yang boleh adjust kecondongan penyandarnya sebab aku kerap buat flat bench press, incline bench press dan seated dumbbell overhead press. 


Contoh workout bench kat shopee


Boleh beli workout bench ni disini:

https://s.shopee.com.my/1g7npM1YS1


#2 Multipurpose Squat Rack

Wajib ada. Semua compound workout asas perlukan benda ni. Tak kira kau nak bench press ke, squat ke, over head press ke, squat rack memudahkan untuk kau setup semua latihan ni. Squat rack juga penting untuk safety. 


Sebab tu memanjang full je squat rack kalau kat gym. 


Contoh squat rack/power rack kat shopee. Modal lebih sikit tapi pada aku berbaloi terutamanya bagi orang yang dah comfirm selalu consistent main besi.


Squat rack macam ni pun kau boleh beli dari Shopee:

https://s.shopee.com.my/2qJlDQPo3K


Alternative bagi orang yang baru nak mula : 

Ini cadangan aku bagi orang yang tak pernah main besi atau baru nak mula. 


Kita cakap direct la. Dalam bab workout dan strength training ni bukan semua orang yang mula akan consistent. 


Bagi yang betul-betul baru nak mula, aku cadangkan beli dumbbell dengan adjustable bench je dulu dan main guna 2 benda ni sampai setahun untuk comfirm kan yang kau mampu consistent dan bukan hangat tahi ayam.


Tapi kalau nak jugak main barbell, mungkin lebih sesuai kalau kau mulakan dengan barbell stand macam yang kat bawah ni dulu.


Boleh di dapati disini:

https://s.shopee.com.my/8fHYA2oM5i


#3 Barbell

Kalau dah ada squat rack mesti lah kena ada barbell. Macam aku, beli yang 1.8m.


Aku tak berapa guna ezy bar atau barbell pendek waktu training. 



Dapatkan barbell ni kat Shopee. Pastikan ambil yang 1.8m

https://s.shopee.com.my/50OFn5yUUu


#4 Weight Plate

Weight plates ni kalau tengok kat shopee ade dua jenis.


Yang dibuat dari simen dan yang memang betul diperbuat dari besi.


Aku prefer yang diperbuat dari besi sebab saiznya lebih kecil.


 Plate 5kg yang diperbuat dari besi tak sama saiz dengan plate 5kg yang diperbuat dari simen. 


Plate simen saiz lebih besar sebab tu aku rasa sesuai pakai kat adjustable dumbbell, kalau plate besi seduai pakai kat dumbbell dan barbell.


Walaubagaimanapun, plate simen harganya jauh lebih murah dan OK untuk main barbell pada harga jimat.


Aku ada banyak plates, tapi kalau untuk yang baru nak mula, aku cadangkan ada sepasang untuk setiap berat daripada 0.5kg, 1.25kg, 2.5kg, 5kg dan 10kg.


Plate 0.5kg tu kau jangan ingat tak berguna. Aku suka progression aku sikit demi sikit untuk elak kecederaan dan kemalangan waktu training sebab tu aku ada plate 0.5kg tu


Plate 15/20 kg pun bagus kalau ada sepasang untuk buat deadlift.


Plates besi boleh dapat kat sini:

https://s.shopee.com.my/7fP0zZajpB


Plates simen lagi jimat, bandingkan harga kat Shopee:

https://s.shopee.com.my/8fHYAJYTyb


#5 Adjustable Dumbbell (Tak Wajib)

Tersangat la bagus untuk semua jenis situasi latihan. Aku suka guna untuk incline bench press dan isolation workout macam bicep curls dan tricep overhead extention.


Selain tu, bila kau beli adjustable dumbbell ni, kau dapat weight plates sekali yang kau juga boleh gunakan pada barbell kau. Jadi untuk barbell kau tinggal beli weight plate 5kg dan 10kg je.


Dumbbell aku

Klik sini kalau serious nak mula dengan dumbbell:

https://s.shopee.com.my/5VKWOjqN66


—---------


Squat rack, bench, weight plates dan barbell dan dumbbell dah memadai untuk train compound & isolation movements. Dan aku berpendapat compound movement ni cukup je untuk menjadikan kau nampak fit dan muscular.


Tapi kita tak boleh tinggal kardio. Terutamanya bila umur dah semakin meningkat.


Untuk kardio, apa yang aku suka buat ialah jogging. Kadang-kadang sampai 5km aku jogging.


Tapi disebabkan aku minat boxing dan kadang-kadang aku tak sempat nak keluar rumah untuk joging. Aku juga ada standby punching bag dan jumping rope untuk kardio dari rumah.


Punching bag aku

Boleh beli yang ni atau yang seangkatan dengan nya:

https://s.shopee.com.my/3AwbcXsDzd


Contoh jump rope best

Jump rope ni padu:

https://s.shopee.com.my/5L16Cezr8c


Untuk main punching bag kena ada glove kalau tak sakit tangan nanti


Glove ni nampak bergaya:

https://s.shopee.com.my/zZqoUJBU


Setup simple macam ni dah cukup padu untuk bina otot, buang lemak, kuat kan badan dan bagi badan nampak helok bila shirtless.


Kau boleh beli semua ni kat shopee je. Link aku dah bagi. Yang penting, train serious. Buktikan kau betul-betul nak capai body goal kau.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 ka...

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...