Langkau ke kandungan utama

4 pekara ni akan bantu menjimatkan masa meal prep anda

 

Meal prep sudah terbukti amat membantu bagi mereka yang nak fit atau jaga permakanan tapi tak cukup masa nak memasak hari-hari.

Tapi macam mana kalau nak meal prep 3hari atau seminggu sekali pun kita rasa macam tak cukup masa?

Kau boleh kurangkan masa untuk meal prep kalau kau buat 5 pekara ni.

1 - Beli peralatan/bahan yang memudahkan proses memasak.


Peralatan dan bahan memasak moden zaman sekarang banyak membantu mempercepatkan proses memasak.

Sebagai contoh, kau boleh beli pes ikan bakar segera, sambal segera, bawang putih dah siap kupas, dan pelbagai lagi bahan masakan yang dah sedia untuk di masak bagi menjimatkan masa memasak kau.

Peralatan moden macam air fryer dan blender pun membantu mengurangkan masa memasak.

Mungkin kau kena keluar modal lebih sikit untuk beli bahan-bahan dan peralatan ni semua tapi pada aku duit yang dibelanjakan itu, “dilaburkan” pada diri sendiri dan untuk mencapai matlamat sendiri. Jadi, berbaloi lebur duit.

2 - Pilih resepi simple

Pada aku, meal preping ni sangat sesuai dipadankan dengan resepi-resepj yang tak banyak guna bahan dan tak banyak step.

Sebagai contoh, masak ayam goreng kunyit lebih simple berbanding nak masak ayam goreng tepung ala korea atau pun ayam masak gulai.

Bila kau masak resepi simple macam ni. Step untuk memasak jadi sikit, dan peralatan memasak yang kau kena basuh lepas meal preping pun tak banyak.

Kalau kau tak pasti masakan simple apa yang kau boleh mealprep. Boleh rujuk pada post aku yang ini untuk idea.

3 - Meal prep separuh, beli separuh

Antara benda yang aku pernah buat sebab tak ada masa nak meal prep waktu weekend ialah aku beli je seekor ayam bakar kat Bakery Cottage.

Lepas tu aku potong ayam tu, potong timun dan beli sambal segera Adabi. Siap!

Aku cuma meal prep timun dan nasi je. Ayam bakar, aku beli. Modal memang mahal sikit. Tapi macam yang aku dah cakap tadi, kita lebur duit untuk naik taraf badan kita sendiri.

4 - Buat perancangan awal-awal


Dan ikut apa yang kau dah rancang, jangan tambah apa.

Sebagai contoh, sebelum weekend, kau dah rancang apa menu kau nak makan untuk minggu depan.

Jadi kau dah tau apa bahan nak kena ada dan dah tau apa nak kena buat. Jangan ubah perancangan waktu meal prep.

Sebagai penutup untuk post kali ni. Aku nak kau cuba fikir apa resepi paling simple kau boleh masak untuk minggu depan? Satu jenis lauk dan satu jenis sayur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Home Gym : Pelaburan paling berbaloi untuk diri aku (Dan macam mana aku mula)

Bayangkan, kau bangun, kau pergi ke area bersenam dan terus mulakan training kau. Tak payah nak redah trafik, tak perlu nak bersesak dengan orang lain dan tak perlu buang masa tunggu giliran nak guna equipment. Hanya kau dengan kau punya body goal. Itulah kelebihan ada home gym. Zaman sekarang ni, masa itu duit. Lagi pun macam mana kau nak capai body goal kau kalau nak mulakan training pun banyak halangan kau kena hadap.  Sebab tu aku anggap home gym ni bukan untuk bermewah tapi satu kelebihan taktikal untuk aku berbanding orang lain. 1 - Jimat masa kaw-kaw Aku cakap direct la. Nak pergi ke gym, dengan trafik lagi, dengan nak cari parking, dengan nak tunggu orang guna equipment, semua ni pada aku boleh mengganggu momentum. Tapi bila dah ada home gym, aku dah tak payah fikir semua ni. Training aku start bila aku nak, aku pun tak payah nak fikir pasal perjalanan nak balik rumah pulak lepas aku habis training. Kalau perjalanan setiap kali pergi dan balik gym memakan masa t...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...