Apabila kita pergi gym, mestilah tujuan kita untuk bersenam. Sama ada untuk buat weight training, atau cardio.
Tapi bukan semua orang ada masa nak weight training di gym. Bagi mereka yang bekerja 12 jam shift sehari dan mempunyai komitment keluarga, tentu la masa nak pergi gym tu terhad melainkan kalau gym tu memang depan rumah.
Jadi home gym adalah solusinya. Tapi bagimana nak ada home gym kalau rumah kite sempit dan ruang tak banyak?
Ini caranya. Kita mulakan dengan benda yang paling asas.
1 - Adjustable Dumbell
Ini adalah peralatan paling asas yang perlu kau ada. Ada adjustable dumbell, auto kau boleh start ber-gym kat rumah.
Dumbell ni tak makan banyak ruang, senang nak simpan, murah dan boleh ditambah beratnya dengan membeli lebih banyak plate.
Aku cadangkan korang beli terus yang sepasang 15kg setiap sebelah.
Plate tambahan boleh dibeli sedikit demi sedikit apabila kau dah semakin kuat dan boleh mengangkat beban yang lebih berat.
Aku cadangkan dumbell dan plate besi. Tapi kalau modal kau tak besar, dumbell simen tu pun boleh.
Dumbbell besi lebih mahal tapi lembih kecil berbanding dumbbell konkrit. Contoh: Saiz plate dumbell besi 5KG dengan dumbbell konkrit 5KG tidak sama. |
Dumbbell konkrit, besar tapi jauh lebih murah. Sesuai untuk yang pentingkan kos rendah |
Banyak senaman weight training yang kau boleh buat hanya dengan sepasang adjustable dumbell sahaja. Kardio pula boleh di lakukan tanpa peralatan. (Boleh search di Youtube dan ikut sahaja)
Peralatan tambah (optional)
Walaupun adjustable dumbell + plates tambahan dah cukup untuk kau mula main weight training kat rumah, kalau kau ada ruang lebih ada eloknya kalau kau dapatkan juga peralatan peralatan lain ni. Sangat membantu proses bersenam kau nanti.
2 - Workout Bench
Kalau ada ruang dan modal lebih. Start dengan tambah workout bench. Paling elok beli yang boleh adjust supaya lebih banyak jenis senaman boleh dibuat.
3 - Punch bag
Kalau dah ada adjustable dumbell dan workout bench, kau boleh tambah punch bag pula. Sebagai senaman kardio sambil berlatih mempertahankan diri.
4 - Foam roller
Zaman sekarang ramai ada masalah posture dan bongkok. Kalau kau salah seorang, boleh dapatkan foam roller untuk buat regangan bagi melegakan bongkok dan posture kau.
Adjust table squat stand + barbell
Kalau semua yang diatas kau dah ada, ruang dalam rumah pun masih ada lagi.
Dan kau berjaya konsisten main besi dan bersenam kat rumah sekurangnya 2 kali seminggu, 45minit setiap sesi. Aku cadangkan kau all out je lah.
Beli adjustable squat stand dan barbell 1.8m dan buat compound barbell workout macam squat, head press, bench press dan deadlift.
Sebenarnya kalau masa menjadi kekangan, boleh je kau main besi kat rumah. Cuma masalah pada ruang la.
Tapi kita kena kreatif, mungkin kau simpan dumbell dan bench dalam bilik, tapi bila nak bersenam kau keluarkan alat dan bersenam kat ruang tamu.
Tak semestinya kena ada ruang khas dalam rumah untuk dijadikan gym. Cuma lepas bersenam kena mengemas la.
Ulasan
Catat Ulasan