Langkau ke kandungan utama

Ini caranya kaki fitness kekal konsisten dengan diet dan workout plan mereka

 
 Aku rasa semua orang dah tau satu-satunya cara yang paling berkesan untuk kuruskan badan dan jadi fit adalah dengan kekal konsisten dengan diet plan kita untuk tempoh masa yang panjang. Iaitu sekitar 90 hari atau lebih.

Tapi bukan semua orang berjaya untuk konsisten, yang mana merupakan penyebab utama kebanyakan orang gagal dalam usaha mereka.

Jadi kali ni aku nak kongsi sikit idea yang mungkin membantu kau untuk kekal konsisten dengan diet plan yang kau dah pilih.

1 - Make it easy, permudahkan jangan perludahkan

Antara penghalang utama kau untuk konsisten ialah diet plan yang terlalu rumit dan terlalu banyak sekatan.

Contohnya, nak makan nasi? Tak boleh. Nak minum manis? Tak boleh. Nak sambut birthday kawan? Tak boleh banyak makanan manis. Kalau diet plan yang kau pilih terlalu rumit dan terlalu banyak restriction/sekatan, maka tak hairan lah kalau kau tak boleh konsisten.

Macam mana nak konsisten melakukan sesuatu untuk jangka masa panjang, kalau dari awal lagi benda yang kau nak lakukan tu sangat susah untuk dilaksanakan dan diluar kemampuan emosi dan fizikal kau.

Sebaliknya, aku cadangkan untuk pilih diet plan dan workout plan yang lebih ringan, tak banyak sekatan, murah dan mudah untuk dilaksanakan. Contohnya diet suku-suku-separuh + berjalan/jogging 30 minit sehari. (ini contoh sahaja, kalau rasa terlalu mudah dan tak mencabar, sila pilih diet & workout plan yang sesuai dengan keupayaan emosi dan fizikal masing-masing)

2 - Jadikan ianya satu habit
Kebanyakan orang bergantung kepada motivasi, motivasi ni pada aku taktik zaman dulu, Zaman sekarang kita gunakan kuasa habit untuk push diri kita demi mencapai matlamat.

Macam mana nak buat?

Jadikan senaman dan cara permakanan yang kau dah pilih sebagai habit.

Cara nak cipta habit baru:

Kau kena buat pekara yang sama pada waktu sama yang berulang kali setiap hari. Contohnya kau plan nak makan suku-suku separuh 3 kali sehari, dan berjalan 30 minit setiap hari. Kau perlu makan 3 kali sehari dan senaman berjalan tu pada waktu sama untuk menjadikan ianya habit.

Katakan kau makan meal pertama pukul 7 pagi, kedua 1 tengah hari dan ketiga 7 malam. Dan kau senaman berjalan 6.00 petang ke 6.30 petang setiap hari. Kau kena buat benda ni pada waktu yang sama setiap hari, makan dengan portion yang sama setiap hari selama 2 ke 3 minggu untuk menjadikan ianya habit.
Apabila sesuatu itu telah menjadi habit, kau akan rasa seolah-olah kau akan buat pekara tu secara automatik dan ini akan memudahkan kau untuk kekal konsisten dalam masa panjang.

3 - Adopt fitness sebagai kau punya lifestyle

Ada orang di jadikan gaming sebagai identiti dan lifestyle dia, ada yang jadikan main kereta atau merempit sebagai lifestyle dia dan ada juga yang life dia di tempat kerja.

Kau pun boleh jadikan fitness sebagai lifestyle kau. Follow fitness people kat social media, follow akaun-akaun resepi diet dan rendah kalori. Lepak dengan kaki fitness, join program fitness dan sukan untuk newbie yang pihak swasta dan kerajaan buat.

Menjadikan fitness sebagai satu lifestyle akan memudahkan kau untuk kekal konsisten.

Jadi lepas ini, aku nak kau ubah cara kau melihat fitness dan diet ni. Bukan sesuatu yang sementara semata-mata untuk kurus. Sebaliknya, jadikan fitness itu lifestyle, jadikan ia habit dan buat perancangan diet dan senaman yang mudah untuk kau laksanakan.

PERLAKSANAAN YANG BERTERUSAN MAMPU MEMBUAHKAN HASIL

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), ma

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi