Langkau ke kandungan utama

3 idola fitness yang kau kena follow

 

Apa yang kau follow dinsocial media akan menentukan cara berfikir dan lifestyle kau. Kalau kau follow foodies, food hunter atau akaun-akaun resepi buat kek dan manisan, usaha untuk menjadikan fitness sebagai lifestyle baru kau akan bermasalah.

Jadi, hari ini aku kongsi 3 akaun fitness yang kau kena follow supaya kau kekal bersemangat dan terpengaruh untuk menjadikan fitness sebagai satu lifestyle.

1 - Sazali samad
Abang ni memang legend. Selalu buat life kat tiktok. Dan banyak buat video dia masak makanan diet dia kat youtube.

Melalui youtube dia, aku belajar resepi-resepi diet yang kurang garam dan gula. Abang Sazali juga ada bagi tips kalau makan kat mamak, dia buat macam mana.

Selain tu dia juga selalu tunjuk video dia tengah training. Dalam live tiktok dia, kadang-kadang dia makan sambil live. Jadi kita boleh tiru apa yang dia makan sebab biasanya abang Sazali ni dia akan makan makanan yang sesuai untuk diet bina otot dia.

Tiktok id : sazali.samad / sazalisamad_dietfood

2 - Kobau fitness

Selain abang Sazali, akaun tiktok Kobau Fitness pun best juga. Cuma Kobau Fitness dia lebih banyak berkongsi tentang teknik-teknik senaman dan latihan seni mempertahankan diri.

Aku rasa dia ni lebih kepada boxing atau muay thai.

Tapi banyak teknik-teknik berlawan dia yang aku suka. Boleh follow dia kat tiktok dan tengok sendiri content-content dia memang menarik.

Tiktok id : kobau_fitness

3 - Tylerpath
Untuk membina otot dengan cepat dan mengelak dari kecederaan ketika bersenam, form memainkan peranan yang sangat penting.

Sebab tu aku suka juga content yang Tyler ni buat. Sebab content dia banyak fokus kepada form yang betul untuk buat sesuatu senaman tu.

Kalau berdasarkan profil tiktok dia, dia ni bukan Malaysian tapi mix Thailand dengan China. Kita kalau nak ilmu fitness lebih kena la juga follow pempengaruh luar negara ni kan.

Tiktok id : tylerpath

Jadi lepas ni kau boleh mula follow mereka ni di tiktok untuk menambahkan mood dan pengetahuan kau berkaitan ilmu fitness.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), ma

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi