Langkau ke kandungan utama

Cuba buat 4 pekara ini untuk selesaikan masalah badan kurang bertenaga

Salah satu masalah yang kita biasa dengar berulang kali daripada orang yang cuba nak jalanani gaya hidup fitness ni ialah dia kekurangan tenaga dan rasa lemau je.

Terutama sekali bagi yang bekerjalah. Kalau kerja shift 12 jam sehari kata penat, tu kita boleh terima. Tapi yang kerja pejabat sehari 8-9 jam pun mengadu penat, mungkin beberapa tips ni boleh membantu.

1 - Tidur 7-9 jam sehari
Biasanya semakin kau penat, semakin lama kau perlu tidur. Untuk hari pertama hingga ke tiga mungkin kau perlu tidur lebih dari 7jam sebab badan memang tak cukup rehat. Kadang kala sehingga 12jam.

Tapi bila badan dah mula recover, kau boleh tidur dalam 7-8 jam. Jadikan 7-8 jam tidur sehari sebagai habit dan pastikan kau tak terlewat tidur lagi lepas ni

2 - Minum air kosong banyak
Kalau di barat, ada yang cadangkan sehari satu galon air. Pada aku macam banyak sangat pula.

Sebab tu aku rekomen dalam 2 ke 3 liter per hari. Ini kerana, kadang kala kau bukan penat pun cuma kekurangan air.

3 - Kurangkan minuman manis
Dapatkan manisan kau dari sumber makanan. Contoh pisang, apple, tembikai.

Elakkan dari menggunakan minuman manis sebagai pemuas craving manis anda.

Tips : buah macam apple & tembikai akan jadi manis bila kau simpan dalam peti sejuk

4 - Instant nescafe
Serbuk instant coffee Nescafe kadang kala digunakan sebagai pemberi tenaga sebelum bersenam.

Bancuhkan instant coffee Nescafe dengan air panas tanpa campur dengan gula atau apa-apa benda lain. Dan minum.

Sekiranya kau boikot nescafe, jenama lain yang setanding dengan nescafe ialah indocafe. Aku pernah cuba beberapa jenama lain tapi pada aku serbuk kopi jenama lain tak sama “kick” nya berbanding Nescafe dan Indocafe.

Jadi, sekiranya kau mengalami masalah lemau dan rasa kurang bertenaga, cuba semua tips diatas dan lihat samada ianya berkesan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...