Tak kira apa pun matlamat kau dalam fitness. Samada nak kuruskan badan, nak bina otot atau nak makan dengan lebih sihat. 3 pekara ni boleh melancarkan dan membantu kau fokus pada proses fitness kau.
1 - Unfollow food hunter
Kau nak kawal makan tapi makanan yang sedap-sedap lalu kat tiktok dan facebook kau, kita tau benda ni akan buat kau hilang fokus pada proses diet kau.
2 - Follow, like dan komen pada akaun-akaun fitness
Bila kau follow, like dan komen pada akaun dan post berkaitan fitness, lebih banyak posting berkaitan fitness akan ditunjukkan pada kau. Inilah caranya social media berfungsi, dia akan hidang pada kau jenis konten yang kau banyak respon.
3 - Jangan buat apa-apa posting tentang fitness.
Ramai orang bila dia baru nak mula, dia buat posting tentang fitness di social media.
Perbuatan macam ni boleh memalukan diri sekiranya diet kau ke laut kelak.
Selain itu, bila kau post benda-benda berkaitan fitness ni, dan katalah kau berjaya jadi fit. Orang yang dengki akan jauh lebih ramai dari orang yang kagum. Jadi baik tak payah post la.
Kita buat senyap-senyap.
Itu sahaja setakat ni. Lepas ni kau boleh lah mula lakukan apa yang aku tulis ni pada social media kau.
Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Ulasan
Catat Ulasan