Langkau ke kandungan utama

Elak makan semua makanan ni kalau nak kuruskan badan

Kalau kau baca posting-posting aku yang sebelum ni, kau tentu dah tau yang untuk menguruskan badan, kau perlu makan dalam jumlah kalori yang lebih rendah berbanding kalori yang kau guna.

Setiap makanan mempunyai jumlah kalori yang berbeza. Ada yang rendah kalori, ada yang tinggi kalorinya.

Disini aku nak kongsi dengan kau beberapa makanan yang sangat tinggi kalori nya walaupun kau makan dalam kuantiti yang sedikit.

Jadi, cuba elakkan makanan ini untuk sementara kalau kau tengah cuba nak kurangkan lemak dalam badan.

1 - Segala jenis kerepek
2 - Segala jenis kekacang
3 - Segala jenis Kek dan makanan dari bakery
4 - Segala jenis keropok
5 - Kebanyakan minuman 3 in 1
6 - Minuman yang dicampur susu pekat manis
7 - Apam balik (banned kalau nak kurus)


Kerepek, kekacang dan keropok sememangnya sesuai untuk orang zaman dulu kerana makanan jenis ini sangat tinggi kalori dan lambat luput.

Maka sesuai la dengan orang dulu yang kehidupan harian mereka menggunakan tenaga fizikal yang sangat banyak (nak mandi pun kena ceduk dan tarik air dari telaga dulu tau)

Tapi untuk zaman yang serba serbi mesin pada zaman sekarang ni, makanan ini perlu dikawal pengambilannya bagi mengelakkan masalah kegemukan.

Manakala bagi makanan manis macam kek, minuman 3 in 1 dan juga apam balik, mungkin kita patut had kan kepada 1 atau dua kali sebulan sahaja. (Minuman 3in1 mungkin kita boleh had kan kepada satu cawan per hari)

Jadi, lepas ni kau boleh mula elakkan makanan-makanan ni untuk sementera sehingga berat badan kat turun kepada berat sasaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...