Langkau ke kandungan utama

3 sebab aku rasa dumbbell lebih baik dari chalisthenic

Weight training atau dalam bahasa Melayu nya senaman bebanan adalah aktiviti wajib buat kalau kau nak bina otot.

Aku perhatikan ramai orang muda zaman sekarang suka bodyweight workout berbanding main besi.

Aku berpendapat senaman menggunakan peralatan seperti dumbbell lebih banyak kelebihannya berbanding bodyweight atau chalisthenic ni terutama dalam proses membesarkan otot.

1 - Mudah untuk progressive overload
Antara cara paling cepat dan mudah untuk menambah saiz otot ialah dengan menambah berat beban yang kau angkat sewaktu latihan.

Sebagai contoh, sekiranya pada minggu ini kau buat dumbbell press menggunakan dumbbell 10kg, minggu depan kau boleh tambah lagi 2.5kg berat pada dumbbell itu. (Maknanya minggu depan, berat dumbbell yang kau akan bertambah kepada 12.5kg)

Progressive overload susah nak dilaksanakan dengan bodyweight. Ini kerana dengan body weight, berat yang kau angkat adalah berat badan kau.

Maka kau perlukan peralatan tambah seperti weight vest untuk meningkatkan berat beban.

Bagi aku, baik pakai dumbbell. Lebih murah dan mudah.

2. Lebih mesra beginner.
Adjustable dumbbell membolehkan para beginner untuk memilih berat yang sesuai dengan tahap keupayaan mereka.

Dengan bodyweight training pula, beginner akan menghadapi kesukuran untuk melakukan gerak senaman.

Sebagai contoh, untuk melatih dada menggunakan kaedah chalisthenic kita biasanya akan melakukan kan push up.

Beginner tak ramai yang mampu buat push up, variasi push up lain yang lebih mudah seperti knee push up dan wall push pula terlalu mudah dan mungkin tak cukup mencabar untuk push keupayaan fizikal para beginner.

Manakala dengan dumbbell pula berat boleh diubah dengan mudah dan ditingkatkan sedikit demi sedikit apabila beginner itu dah mula membina kekuatan.

3 - Boleh target otot tertentu dengan mudah.
Satu lagi kelebihan dumbbell berbanding chalisthenic pada aku ialah betapa mudahnya kita boleh buat isolation exercise dengan dumbbell ni.

Dumbbell memudahkan kita untuk fokus kepada bicep, tricep dan calf sekiranya kita target nak besarkan bahagian tersebut.

Walau apa pun, aku nak jelaskan juga kat sini yang bodyweight workout tetap salah satu senaman yang bagus juga untuk bina otot.

Cuma pada aku, dumbbell ni lebih convenience dan mudah. Harga pun tak mahal.

Kalau selama ni kau hanya bergantung kepada bodyweight untuk membina otot. Aku cadangkan kau pergi Shopee dan beli sepasang adjustable dumbbell, beli yang murah dulu pun OK.

Kemudian, masukkan kedua-dua bodyweight dan dumbbell workout dalam rutin senaman kau. Tengok, boleh dapat result yang lebih baik tak.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Home Gym : Pelaburan paling berbaloi untuk diri aku (Dan macam mana aku mula)

Bayangkan, kau bangun, kau pergi ke area bersenam dan terus mulakan training kau. Tak payah nak redah trafik, tak perlu nak bersesak dengan orang lain dan tak perlu buang masa tunggu giliran nak guna equipment. Hanya kau dengan kau punya body goal. Itulah kelebihan ada home gym. Zaman sekarang ni, masa itu duit. Lagi pun macam mana kau nak capai body goal kau kalau nak mulakan training pun banyak halangan kau kena hadap.  Sebab tu aku anggap home gym ni bukan untuk bermewah tapi satu kelebihan taktikal untuk aku berbanding orang lain. 1 - Jimat masa kaw-kaw Aku cakap direct la. Nak pergi ke gym, dengan trafik lagi, dengan nak cari parking, dengan nak tunggu orang guna equipment, semua ni pada aku boleh mengganggu momentum. Tapi bila dah ada home gym, aku dah tak payah fikir semua ni. Training aku start bila aku nak, aku pun tak payah nak fikir pasal perjalanan nak balik rumah pulak lepas aku habis training. Kalau perjalanan setiap kali pergi dan balik gym memakan masa t...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...