Langkau ke kandungan utama

Bolehkah makan berkuah ketika berdiet?

Bila kita tengok gambar contoh-contoh makanan diet di internet, biasanya kita akan perasan kebanyakan makanan yang di tunjukkan tidak mengandungi kuah atau dalam kata lainnya, kering je.

Maka timbul persoalan dikalangan newbie kenapa kebanyakan contoh makanan tersebut tidak berkuah?

Adakah kuah mengandungi kalori?

Jawapan mudah untuk soalan tersebut ialah Ya, kuah mengandungi kalori dan kuah boleh memperlahankan proses menguruskan badan.

Seperti yang ramai tahu, untuk mengurangkan lemak, kita perlu pastikan kalori yang kita makan lebih sikit berbanding kalori yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.

Macam mana cara untuk pastikan jumlah kalori yang kita gunakan (kalori keluar) lebih tinggi dari kalori yang kita makan (kalori masuk)?

Ada dua cara, iaitu pertama, dengan memastikan kalori yang kita makan adalah rendah antaranya melalui:

1. Kurangkan minum minuman berkalori seperti milo, susu, bubble tea dan lain-lain minuman manis.

2. Kurangkan kalori dari kuah atau tak perlu kuah langsung.

3. Baca kandungan kalori dalam setiap snack yang kita makan SEBELUM kita beli atau makan snack itu.

Cara kedua pula ialah dengan meningkatkan jumlah kalori yang keluar. Antaranya caranya termasuklah,

1. Buat senaman membina otot, sebab orang yang banyak otot akan menggunakan banyak kalori berbanding orang yang tak banyak otot. 

Sebab tu lelaki lagi senang nak kurus sebab secara biologi nya kebanyakan lelaki lebih banyak otot berbanding wanita.

2. Banyak buat aktiviti. Badan manusia sepatutnya bergerak, bukan duduk atas kerusi 8jam sehari. Jadi banyakkan berjalan kaki, naik tangga, berlari-lari, bersukan dan berdiri.

Kesimpulan dari semua ini ialah, boleh je nak makan berkuah sewaktu diet (asalkan bukan kuah banjir macam nasi kandar)

Tapi walaupun boleh makan berkuah, kebanyakan jurulatih dan orang yang berdiet memilih untuk tidak berkuah kerana,

A)mereka mahu mengurangkan pengambilan kalori semaksimum yang mungkin

B) mereka mahu buang lemak lebih cepat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...