(Tak kira jenis diet apa sekalipun yang anda ikuti)
Kalau kita dekat social media sekarang, ramai orang yang bertelagah tentang diet mana yang paling berkesan dalam menurunkan berat badan. Ada yang kata diet Atkin, ada yang kata diet suku-suku separuh, ada yang kata eat clean, malah ada juga yang kata diet makan telur rebus paling berkesan.
Padahal, jenis diet ni bukan lah pekara yang penting sangat pun dalam menentukan samada seseorang itu akan berjaya menurunkan berat badannya atau tidak.
Sebaliknya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu dalam usahanya untuk menurunkan berat badan amat lah bergantung kepada 5 faktor ini.
1. PERSEKITARAN
Tak kira apa program atau jenis permakanan yang anda ikuti, anda tidak akan berjaya sekiranya persekitaran anda tidak konduktif.
Sebagai contoh, pasti sukar untuk anda berjaya sekiranya
- peti ais rumah anda dipenuhi dengan aiskrim, jajan dan pelbagai jenis makanan tinggi kalori,
- di Facebook dan IG anda follow page-page restoran,
- dan anda dikelilingi oleh kawan dan keluarga yang suka makan makanan yang menggemukkan.
Dan jangan lupa untuk lepak dengan kawan dan ahli keluarga yang aktif serta follow lah page-page kesihatan di media social. Anda boleh mulakan dengan mengikuti page “Bahagian Permakanan KKM” di Facebook dan IG
2. PERSEDIAAN
Kemungkinan untuk diet anda kelaut adalah sangat tinggi sekiranya anda tidak melakukan persediaan secukupnya. Sebaiknya, rancang dan lakukan persediaan secara mingguan.
Rancang menu anda untuk sepanjang minggu depan, di mana nak makan?, apa bahan yang diperlukan untuk masak menu-menu itu semua?, tetapkan masa dan tempat untuk anda bersenam dan lain-lain.
Anda digalakkan untuk melakukan “meal prepping” sekiranya anda jenis yang malas ataupun tak ada masa nak masak. Boleh baca pasal meal prep di blog post sebelum ini.
Jangan lupa untuk sediakan masa untuk bersenam juga. Seeloknya bersenam lah paling kurang 3 hari seminggu.
Merancang dan menetapkan waktu untuk bersenam adalah penting sekiranya anda memang jenis tidak bersenam sebelum ini. Sekiranya anda tak rancang waktu bersenam anda, anda berkemungkinan tidak akan bersenam sepanjang minggu depan.
3. KELENGKAPAN DAN PERALATAN
Anda boleh sahaja mengawal permakanan dan bersenam tanpa apa-apa peralatan yang canggih. Namun, mempunyai peralatan dan kelengkapan yang betul boleh membantu memudahkan proses menurunkan berat badan anda.
Jadi tidak salah untuk anda melabur sedikit wang untuk memastikan yang anda mempunyai peralatan yang cukup.
Contohnya anda perlu pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya kuali dan spatula sekiranya anda ingin memasak sendiri menu sihat anda. Anda juga boleh pastikan yang anda mempunyai kasut dan pakaian bersenam yang bersesuaian untuk membuatkan anda merasa selesa dan kurang terseksa ketika bersenam.
Malahan, kelengkapan tambahan lain seperti air fryer, microwave, bluetooh ear bud dan juga dumbbell boleh membuatkan proses menurunkan berat badan anda menjadi sedikit mudah serta menyeronokkan.
4. TABIAT @ HABIT
Tabiat harian, atau dalam bahasa inggeris nya, habit, adalah antara faktor paling penting dalam menentukan kejayaan anda.
Sebagai contoh, sekiranya tiap-tiap hari anda minum teh tarik atau minuman-minuman manis, anda akan mendapati yang ianya agak menyakitkan untuk anda menghentikan tabiat buruk ini.
Malangnya, tiada cara lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini melainkan dengan cara memaksa diri anda untuk meninggalkan tabiat buruk anda.
Sekiranya tabiat anda ialah suka minum minuman yang manis, mulakan dengan minum minuman kurang manis dan sedikit demi sedikit betukar kepada minuman tak manis seperti air kosong, coke zero/pepsi bold, dan teh/kopi O tanpa gula.
Begitu juga dengan tabiat-tabiat buruk yang lain. Sekiranya anda suka duduk bersantai diatas sofa sepanjang malam selepas bekerja, mulakan perubahan kecil dengan berjalan-jalan disekitar rumah. Kemudian, sedikit demi sedikit mula berjoging.
5. PEMIKIRAN @ MINDSET
Cara anda berfikir akan menentukan samaada anda berjaya atau gagal menurunkan berat badan. Untuk pengetahuan anda, proses menguruskan badan dan membuang lemak adalah satu proses yang lama dan panjang. Ini hakikat dan kebenaran.
Sekiranya anda mempunyai mindset “Aku nak kurus dalam masa 7 hari tanpa berlapar & bersenam”, anda sedang menuju ke arah kegagalan.
Mindset yang betul untuk menguruskan badan ialah “Aku tau proses nak turunkan berat badan dan membuang lemak akan mengambil masa 3 ke 6 bulan untuk aku mula nampak hasil. Dan ada masanya aku akan berasa lapar.
Aku terima hakikat ini dan bersedia untuk tempuh perjalanan aku untuk mendapatkan berat badan ideal”
Jadi, sekiranya anda selalu gagal sebelum ini, cuba ubah cara anda berfikir dan anda mungkin akan dapat mengubah situasi anda pada cubaan kali ini.
Ulasan
Catat Ulasan