Langkau ke kandungan utama

Tiada motivasi untuk turunkan berat badan? Baca ni

Bila kita bercakap tentang diet, kita tak dapat lari dari bercakap tentang motivasi untuk turunkan berat badan. Ramai orang ambil keputusan untuk ubah kehidupan mereka bila mereka rasa motivated, kemudian gagal atau berhenti macam tu je. 

gambar hiasan untuk artikel motivasi untuk turunkan berat badan

Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam. Kenapa benda ni berlaku?

Kau nak tau tak yang sebenarnya motivasi tak penting untuk turunkan berat badan.

Kenapa motivasi tak banyak membantu?

1 - Orang yang rasa bermotivasi tak akan kekal dalam keadaan macam tu selama 3 bulan. Untuk nampak hasil daripada diet dan senaman kau, kau perlu konsisten selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Manakala motivasi untuk turunkan berat badan biasanya cuma bertahan selama 1 hari.

2 - Satu lagi masalahnya ialah kau tak mungkin akan rasa motivated setiap hari, dalam kehidupan kita ni pasti akan ada hari yang kita “down”.

Mungkin hari ini kau “down” sebab hal kat tempat kerja, mungkin sebab kau masak menu diet kau tak menjadi, mungkin sebab kereta rosak dan memerlukan kau untuk keluarkan kos yang tinggi atau mungkin juga sebab kau “termakan” cheese kek yang kau tak patut makan tu dan diet kau untuk hari ni dah lari.

Kebanyakan orang yang bergantung kepada motivasi untuk turunkan berat badan biasanya akan kantoi bila mereka berdepan dengan hari yang macam ni.

3 – Ada yang kata motivasi ni macam mandi, perlu di bakar setiap hari. Aku dah cuba, motivasi kau tak mungkin terbakar tiap-tiap hari selama 3 bulan tanpa gagal. Kadang-kadang kau mungkin akan rasa sangat tak bermotivasi selama 1 minggu lebih.

Jadi macam mana cara nak kurus tanpa motivasi?

 
1 – Dalam post aku yang sebelum ni, aku ada bercakap tentang habit. Membentuk habit baru adalah cara yang paling efektif untuk menjadikan proses penurunan berat badan kau terasa seperti ianya automatik.

1A – Kalau kau perasan, bila kau dah biasa bangun tidur pukul 5.45 pagi, kau akan susah untuk bangun tepat pada pukul 5. Walaupun kau terjaga sebab alarm jam kau berbunyi pada pukul 5, kau akan matikan alarm tu dan terus sambung tidur balik. Tapi bila alarm pukul 5.45 pagi yang berbunyi, kau terus bangun tanpa berfikir panjang. Ini adalah disebabkan habit.

1B – Kalau kau dah biasa makan nasi minum air teh O ais, kau akan dapati kau sayang nak order air lain. Kadang-kadang kau dah rancang nak order minum lain tapi bila waktu order kau ter-order juga teh O ais. Ini adalah disebabkan kuasa habit.

2 – Kuasa habit boleh digunakan untuk buat diri kau makan pada kuantiti tertentu dan pada waktu tertentu. Kuasa habit juga boleh digunakan untuk buat kau melakukan jenis-jenis senaman tertentu pada waktu-waktu tertentu. (contoh petang lepas balik kerja)

3 – Kuasa habit membolehkan kau untuk melakukan pekara sama berulang-ulang kali pada setiap hari. Ini menjadi kan kau seorang yang sangat konsisten. Dan seperti yang kita tau, dalam hal-hal berkaitan fitness, orang yang konsisten adalah orang yang bakal jadi fit.

4 – Sebagai contoh, kau boleh jadikan habit kau macam ni

  • Tiap-tiap kali pukul 1 tengah hari – makan nasi tak lebih 2 senduk dengan lauk dan sayur. Bersama air teh O tanpa apa-apa tambahan.
  • Tiap hari pukul 6 petang, keluar joging.

Bila pekara ini di ulang-ulang setiap hari, ia akan menjadi habit. Dan bila ia telah menjadi habit kau akan lakukan pekara ni tanpa berfikir, kau just, mengulang.

Ini akan buatkan kau rasa seolah-olah kau memilih untuk makan secara sihat dan bersenam secara automatik. Tanpa perlu berfikir dan tanpa perlu alasan.

Walaupun pada hari tu kau ada masalah dengan bos, walaupun pada hari itu duit kau habis baiki motor, malah walaupun pada hari tu kau “termakan” Cheese kek yang kau tak patut makan sebab tak termasuk dalam menu untuk hari tu. Bila sampai je pukul 6 petang, kau secara automatik akan terus pakai kasut dan pergi joging.

5 – Disebabkan kau perlu melakukan pekara yang sama berulang-ulang, mencipta habit baru mungkin agak sukar TAPI BOLEH! bagi orang-orang yang berkerja ikut shift atau tak tentu hala.

Motivasi dan kuasa habit

Motivasi memberikan kita loncatan untuk memulakan proses menurunkan berat badan manakala habit memberikan kita kuasa untuk terus bergerak. Aku suka anggap motivasi ni macam gear satu, habit pula macam gear yang seterusnya.

Konsisten dan habit adalah pekara yang sangat mempengaruhi keadaan kehidupan kita. 2 pekara ini kalau digunakan dengan betul, akan membolehkan kau untuk berubah. Dengan kuasa habit, perokok tegar boleh berhenti merokok, orang yang pemalas boleh automatik solat bila masuk waktu dan orang yang gemuk boleh jadi fit.

Buku yang dicadangkan

The Power of Habit by Charles Duhigg

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Cara untuk makan secara sihat tanpa memasak setiap hari

Percayalah, antara skill paling penting kau kena ada kalau nak jadi sado secara semula jadi dan sihat ialah memasak. Makanan yang dijual kat kedai biasanya memang tak berapa sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan atau nak sadokan badan. Tapi masalahnya dengan memasak ni, hampir semua orang boleh memasak sikit-sikit. Tapi tak semua orang ada masa nak memasak. Tambah lagi zaman sekarang ni, kerja 8jam, rehat makan 1 jam, perjalanan pergi dan balik kerja 1 jam dan tidur 8jam. Kau habiskan 18 jam sehari untuk kerja dan tidur sahaja. Macam mana nak masak? Kepada bakal abang-abang sado dan akak-akak slim diluar sana, jangan risau. Ini caranya 1 hari memasak mingguan Antara cara paling mudah untuk memastikan kita stay on diet tanpa terbabas ialah dengan melakukan penyediaan makanan untuk bekalan selama 1 minggu. (atau 3 hari) Cara ini telah diguna pakai oleh penggemar-penggemar gym di seluruh dunia untuk memastikan mereka mendapat jumlah protein, lemak, nutrisi d