Langkau ke kandungan utama

Diet selalu kantoi? Guna taktik mudah ni untuk pastikan diet anda kekal ON

Plan nak makan sehari 4 kali, tapi terlajak pula makan biskut tengah malam

Ingat malam nak makan oat dengan buah je, lepas tu rasa lapar terlajak pula makan nasi goreng

Biasa tak kantoi diet macam ni? Atau berdepan dengan situasi yang lebih kurang macam ni? Kalau pernah jangan risau, dalam post kali ni aku akan kongsi satu taktik nak elakkan diet kau dari terkantoi. Taktik ni juga boleh digunakan untuk menahan lapar.

Alihkan perhatian kau jauh dari makanan
Kadang-kadang yang kau rasa macam nak makan tu bukan sebab kau lapar, tapi sebab kau dah terbiasa dengan habit sikit-sikit cari makanan. Selain tu kau jugak mungkin rasa macam lapar sebab kau bosan.

Dalam kes macam ni, kau boleh elakkan diet kau dari kantoi dengan cara mengalihkan perhatiankan dari makanan, tapi sebelum kita cerita pasal teknik kita cuba check dulu samada kau betul-betul lapar atau tak.

Macam mana nak tau kau betul-betul lapar atau tak?
Bayangkan kau tengah makan sayur, best tak? Kalau sampai tahap sayur pun kau rasa macam best ada kemungkinan kau betul lapar, kalau tak mungkin kau sebenarnya cuma bosan. Selain sayur kau boleh cuba bayangkan makanan-makanan lain yang kau tak suka makan.

Cara nak alih perhatian kita dari makanan
Dalam kata lain kita gunakan taktik ni untuk elak dari fikir atau teringat pasal makanan, walaupun waktu kita tengah lapar.

Caranya ialah dengan melakukan sesuatu yang melekakan kita. Contoh benda yang melekakan ni berbeza bagi setiap orang. Ada yang leka bila main PC games atau Xbox, ada yang leka bila bersembang, ada yang leka bila chatting. Terpulang pada individu.

Aku gunakan games untuk alih perhatian dari makanan

Jadi lain kali kalau kau rasa macam nak makan, jangan terus makan. Sebaliknya leka kan diri kau dengan pekara-pekara yang melekakan kau.

Contoh situasi
Aku dah makan tengah hari pukul 1, waktu minum petang aku pukul 5. Tiba-tiba pukul 2 aku dah lapar. Kalau aku terus makan jawabnya kelaut la perancang aku nak kawal makan. Jadi aku pun start main komputer games untuk elak dari fikir pasal makan dan leka kan diri.

Sebab aku dah leka main games aku pun lupa yang aku rasa macam nak makan tadi. Jadi diet aku masih ON.

Taktik ni bukan setakat berkesan bagi orang yang nak kurangkan makan, tapi taktik yang sama juga berkesan bagi mereka yang nak kurangkan merokok. Boleh cuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 ka...

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...