Kalau dulu, ramai orang yang salah faham tentang kaborhidrat. Kesemua jenis kaborhidrat di label sebagai jahat sehingga ada yang nekad mengamalkan diet tanpa kaborhidrat termasuk buah-buahan.
Tapi kini kita dah semakin berpengetahuan. Kita sedar yang menjadi punca utama kenaikan berat badan dan kemorosotan tahap kesihatan bukan lah kaborhidrat tapi sebalik makanan-makanan yang tinggi gula dan manis seperti pencuci mulut contohnya kek, roti-roti yang manis, dan minunan-minuman yang tinggi gula.
Walaubagaimanapun, bukan semua orang mampu berhenti mengambil meninum dan makanan manis begitu sahaja walaupun mereka dah makkum tentang mudaratnya.
Jadi dalam tulisan kali ni, aku akan kongsikan teknik macam mana kau boleh menghentikan pengambilan pencuci mulut dan makanan-makanan manis dalam permakanan kau.
1. Ianya ialah habit - cari apa yang trigger keinginan kau untuk makan manisan
Seperti juga habit-habit buruk yang lain, menghentikan pengambilan makanan manis perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit.
Perokok yang cuba berhenti secara mendadak selalunya gagal, begitu juga dengan mereka yang cuba untuk berhenti makan manisan.
Seorang perokok yang suka merokok selepas makan atau ketika berak akan susah untuk membuang tabiat ini kerana situasi selepas makan itu akan "trigger" keinginan mereka untuk merokok.
Begitu juga lah dengan mereka yang suka mengambil makanan manis.
Kalau kau biasa makan manisan selepas makan menu utama, cuba lakukan pekara lain sejurus selepas selesai makan supaya kau tidak akan trigger keinginan kah untuk makan makanan yang manis.
2. Persekitaran - jadi kan persekitaran kau susah untuk makan manisan
Orang yang nak berhenti merokok akan lebih mudah untuk kurangkan merokok sekiranya persekitaran mereka tidak mengizinkan atau memudahkan mereka merokok.
Sebab tu perokok yang biasa hisap rokok 20 batang dari pagi sampai petang, tapi bila bulan puasa elok je dia tak merokok. Ini adalah kerana persekitaran dan situasi dia berada tidak membolehkan dia untuk merokok.
Konsep yang sama juga bole digunakan untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan dessert dan manisan.
Sekiranya di rumah kau tak ada manisan atau dessert, kau akan lebih mudah untuk kurangkan makan desset
sebab bila tak ada dessert dirumah, kau berada dalam situasi yang mana ianya sukar untuk kau nak makan makanan manis.
3. Halang pengaruh-pengaruh negetif
Kalau selama ni kau follow halaman-halaman berkaitan makanan atau foodie di Facebook atau mana-mana media sosial, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau unsubscribe dari page tu semua untuk sementera waktu.
Macam mana kau nak berhenti makan dessert kalau tiap-tiap hari gambar dan video makanan-makanan manis yang viral lalu kat social media kau.
Kau juga patut unfollow halaman-halaman resepi untuk sementera waktu kecuali yang berkaitan dengan fitness. Biar pengaruh-pengaruh yang selari dengan misi kita sahaja yang kita nampak dan masuk dalam kepala tiap-tiap hari untuk sementara waktu ni.
Untuk permulaan ini, kau boleh cuba 3 taktik ni dulu. Kalau ada antara pembaca yang pernah berjaya kurangkan makan makanan manis sebelum ni, apa kata kongsi kan juga taktik korang di ruangan komen supaya orang lain boleh berjaya juga.
Ulasan
Catat Ulasan