Langkau ke kandungan utama

Apa penyebab gemuk padahal makan sedikit?

Kalau kau sekarang berdepan dengan situasi dimana berat badan kau tak turun-turun walaupun kau dah makan sikit, dan kau nak tau apa yang tak kena. Kau kena baca post ni sampai habis.

Untuk selesaikan masalah ni, ada beberapa faktor yang kau nak kena periksa supaya kita boleh tahu yang mana satu punca nya dan sekaligus menurunkan berat badan kau.

Tanpa buang masa, jom kita tengok apa penyebab kau masih gemuk walaupun kau makan sikit.

Kau makan makanan yang tinggi kalori
Bukan semua makanan mempunyai jumlah kalori yang sama. Contohnya makanan-makanan seperti kerepek, kekacang, kuih, biskut dan produk bakery mempunyai kalori yang sangat tinggi walaupun di ambil dalam kuantiti yang sedikit. Sebab tu ada orang yang berpendapat “daripada makan kerepek baik makan nasi campur terus”.


Kau rasa kau makan sikit pada pandangan kau, padahal kau makan banyak
Kalau kau jenis kuat makan dan berbadan besar selama ni, mungkin kau tersilap kira portion makanan yang kau perlu ambil.

Orang yang gemuk dan dah terlalu biasa makan dalam kuantiti yang sangat banyak mungkin underestimate portion makanan yang dia makan ketika dia cuba kuruskan badan.

Contohnya, dia dah biasa sekali makan 5 senduk nasi, nak diet punya pasal dia kurangkan kepada 3 senduk sekali makan. Pada dia, 3 senduk tu sedikit, padahal yang sebenarnya 3 senduk tu banyak. Portion yang paling sesuai untuk satu hidangan nasi sebenarnya ialah 2 senduk sahaja.

Kau nak cepat tengok hasil
Kalau kau baru diet 7 ke 14 hari lepas tu kau mengharapkan berat badan kau turun 10kg, pinggang turun 4 inci, jawapnya memang kau akan kecewa.

Paling cepat orang turunkan berat badan biasanya 4kg sebulan atau lebih kurang 1 kg seminggu. Kau tak jadi gemuk tiba-tiba dan kau tak boleh jadi kurus tiba-tiba juga. Melainkan kalau kau sakit atau menyakiti diri sendiri

Kau tak guna kalori yang kau makan
Tak kira apa jenis diet pun yang kau amalkan. Nak kurus ni sifir dia tetap sama iaitu kalori (tenaga) yang keluar kena lagi tinggi dari kalori (tenaga) yang kau makan.

Contohlah kau makan sikit tapi sepanjang hari kau cuma tidur, bangun tengok telefon atas sofa atau katil dan pergerakan kau sepanjang hari sangat minima, maka ada kemungkinan kau tak guna pun tenaga yang kau makan. Makanya macam mana nak turun berat badan.

Jadi untuk mengatasi masalah ni, pastikan kau jangan makan makanan tinggi kalori, kawal portion dengan betul, bagi masa dan aktif sikit dalam kehidupan seharian. Lagi banyak bergerak lagi bagus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah ata...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...