Ramai orang dah tau bahawa untuk menurunkan berat badan, kalori yang kita makan mestilah lebih sikit dari kalori yang kita keluarkan.
Kebanyakan orang menggunakan lebih kurang 1800 ke 2000 kalori sehari, manakala bagi orang yang aktif seperti pekerja buruh dan penggemar gym, mereka menggunakan lebih kurang 3000 ke 4000 kalori sehari.
Maka, ramai orang cuba untuk kuruskan badan dengan mengira kalori harian yang mereka ambil, dan mereka cuma ambil 1200 kalori sahaja untuk setiap hari.
Tapi mereka tetap tak kurus juga. Kenapa?
Ini boleh berlaku, antara sebabnya ialah
1. Kiraan mereka salah
Ramai yang tak suka dengar bila di beritahu yang mereka salah, tapi itu lah hakikatnya.
Ramai yang tak tahu yang segala macam apps, dan pengiraan yang mereka guna untuk mengira kalori bukan lah 100% tepat.
Tambahan lagi, kebanyakan orang lebih cenderung untuk undervalue jumlah kalori yang mereka anggarkan.
Contohnya, bila mereka makan 2 senduk nasi, kuantiti 2 senduk nasi yang mereka ceduk mungkin tak sama dengan kuantiti 2 senduk nasi yang di ceduk oleh seorang jurulatih.
2. Mereka tak tau sabar
Ada sesetengah orang, dia makan 1200 kalori untuk 3 hari, lepas tu dia timbang berat badan, dan dia kecewa sebab berat tak turun atau turun sikit je.
Kita kena sedar, proses nak buang lemak dalam badan makan masa yang lama.
Cuba kita fikir, kalau orang yang kurus makan kaw-kaw selama 7 hari berturut adakah orang itu akan jadi gemuk selepas 7 hari? Tidak kan?
Macam tu juga la proses untuk kuruskan badan juga memakan masa yang lama.
Nota tambahan : lagi bagus kalau turun berat badan perlahan sebab dapat mengelakkan penurunan keupayaan imunasi badan dan elak kulit mengelebeh lepas kurus.
3. Cheat day mereka terlebih
Mari kita mengira. Kononnya dia seorang yang tak aktif dan cuma menggunakan 2000 kalori sehari.
Ini bermakna selama 7 hari dia menggunakan 14000 kalori. Sepanjang isnin hingga jumaat dia cuma makan 1200 kalori.
Ini bermakna sepanjang isnin sampai jumaat dia cuma makan 6000 kalori sahaja.
Tapi pada hari sabtu dan ahad, dia cheat day dan makan segala macam makanan tinggi kalori seperti kerepek, kek, teh boba gelas besar, pelbagai jenis kacang dan pizza.
Ini menjadikan dia makan 8000 kalori dalam tempoh masa sabtu dan ahad sahaja.
Maka
Isnin hingga jumaat = 6000kalori
Sabtu & ahad = 8000 kalori
Total kalori dimakan seminggu = 14000 kalori
Total kalori diguna seminggu = juga 14000 kalori
Dari kiraan diatas kita dapati kalori yang diguna sama banyak dengan kalori yang dimakan maka dia tidak akan kurus. Sebaliknya cuma kekal berat badan.
Sebab itu lah cheat meal lebih baik dari cheat day. Dengan cheat meal, anda cuma makan makanan cheat anda untuk satu kali hidangan sahaja, bukan untuk sepanjang hari.
Kesimpulannya, anda tidak akan kurus dengan diet 1200 kalori sekiranya pengiraan kalori dan portion tidak disukat dengan betul.
Dan seperti pelbagai jenis taktik diet lain, anda tetap perlu konsisten dan memakan masa yang lama.
Ulasan
Catat Ulasan