Langkau ke kandungan utama

Berat masih tak turun walaupun selepas mengamalkan diet atkins

Kalau kita tengok dekat meia sosial sekarang ni ramai orang mengaku yang mereka berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan diet atkin. Malah aku yakin mesti ada dikalangan kawan-kawan kau sendiri pun mengaku yang dia berjaya kurus lepas amalkan diet atkin ni.

Tapi bila kau yang cuba buat, berat tetap juga tak turun-turun. Mesti kau pelik dah kenapa pula bila kau yang buat semua benda tak menjadi ni?

Rileks, benda bukan salah kau. Tapi apa yang membuatkan kau masih tak kurus-kurus ialah jumlah pengambilan kalori.

Bukan diet Atkin yang menyebabkan kurus

Kalau nak kuruskan badan, jenis diet yang kau amalkan sebenarnya tak penting. Sebaliknya, yang menentukan kau semakin kurus atau gemuk ialah jumlah pengambilan kalori.

Kalau kau makan McDonald setiap hari selama 90hari, kau tetap masih boleh jadi kurus sekiranya jumlah kalori yang masuk ke dalam badan setiap lebih rendah dari kalori yang kau gunakan.

Cuma kau tak digalakkan makan McD setiap hari atas sebab untuk mengekalkan kesihatan. Apa gunakan kurus kalau kau sakit, betul?

Kalori tetap faktor utama

Kalau kau makan diet atkin selama setahun sekalipun, tapi pengambilan kalori harian lebih banyak dari yang kau gunakan, kau tetap tak akan boleh kurus.

Diet atkin walaupun rendah karbo tapi ini tak bermaksud permakanan anda rendah kalori. Antara jenis makanan yang rendah karbo tapi tinggi kalori termasuklah apa-apa jenis kacang dan lemak sihat seperti avocado dan olive oil.

Jadi apa yang boleh kau buat sekarang?

Aku tak minat sangat amalan diet pelik-pelik ni. Kalau kau tanya pendapat aku, gaya makan suku-suku separuh yang Kementerian Kesihatan sarankan ialah gaya makan yang paling sesuai sekali untuk kebanyakan orang. 

Malah kebanyakan peminat fitness pun ikut gaya permakanan suku-suku separuh ni.

Selain itu, yang penting sekali ialah kau kena kawal portion yang kau makan. Kurangkan kuantiti. Kau jangan terpengaruh dengan ayat akak-akak zumba kata kurus tanpa berlapar la bagai tu. Kalau kau nak kuruskan badan mesti akan ada masa kau terasa lapar dan terpaksa tahan sikit.

Yang mana mengaku dia kurus tanpa pernah rasa lapar langsung sepanjang tempoh die nak kecilkan badan tu semua sembang je.

Dan akhir sekali banyakkan lah bersabar. Transformasi perlukan masa, paling cepat 90hari, ada juga yang perlukan setahun. Tapi biasanya dalam setahun boleh nampak perubahan yang sangat-sangat besar. Stay strong!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Home Gym : Pelaburan paling berbaloi untuk diri aku (Dan macam mana aku mula)

Bayangkan, kau bangun, kau pergi ke area bersenam dan terus mulakan training kau. Tak payah nak redah trafik, tak perlu nak bersesak dengan orang lain dan tak perlu buang masa tunggu giliran nak guna equipment. Hanya kau dengan kau punya body goal. Itulah kelebihan ada home gym. Zaman sekarang ni, masa itu duit. Lagi pun macam mana kau nak capai body goal kau kalau nak mulakan training pun banyak halangan kau kena hadap.  Sebab tu aku anggap home gym ni bukan untuk bermewah tapi satu kelebihan taktikal untuk aku berbanding orang lain. 1 - Jimat masa kaw-kaw Aku cakap direct la. Nak pergi ke gym, dengan trafik lagi, dengan nak cari parking, dengan nak tunggu orang guna equipment, semua ni pada aku boleh mengganggu momentum. Tapi bila dah ada home gym, aku dah tak payah fikir semua ni. Training aku start bila aku nak, aku pun tak payah nak fikir pasal perjalanan nak balik rumah pulak lepas aku habis training. Kalau perjalanan setiap kali pergi dan balik gym memakan masa t...

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan. Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori. Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan. Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori. Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk. Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan. Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari. Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kuran...