Langkau ke kandungan utama

Catatan

Adakah diet tak makan nasi berkesan?

Pelbagai kaedah digunakan oleh warga Malaysia untuk kuruskan badan. Ada yang berhenti ambil gula, ada yang cuma makan sekali sehari dan kini ada pula yang mendapat ilham untuk menguruskan badan dengan cara menghentikan pengambilan nasi. Adakah cara ini berkesan? Mampukah menghentikan pengambilan nasi dalam kehidupan kita akan mempercepatkan proses menguruskan badan? Jawapannya ialah TIDAK jika anda menggantikan nasi dengan benda lain seperti mee dan bihun. Kenapa tidak? Sebab kelajuan badan anda kurus langsung tak ada kaitan dengan pengambilan nasi. Kaum wanita terutamanya sering terpedaya dengan persepsi yang salah ini. Ramai yang berhenti mengambil nasi dan menggantikan nasi dengan bihun. Pada saya ini perbuatan yang tidak bermanfaat. Tahukah anda bihun juga adalah sejenis kaborhidrat, sama seperti nasi? Malah, kandongan kalori dalam 2 senduk bihun yang digoreng lebih tinggi dari kandungan kalori dalam dua senduk nasi. Bihun yang dimakan dengan kuah seperti bihun sup pula mengandungi...

Bolehkah makan berkuah ketika berdiet?

Bila kita tengok gambar contoh-contoh makanan diet di internet, biasanya kita akan perasan kebanyakan makanan yang di tunjukkan tidak mengandungi kuah atau dalam kata lainnya, kering je. Maka timbul persoalan dikalangan newbie kenapa kebanyakan contoh makanan tersebut tidak berkuah? Adakah kuah mengandungi kalori? Jawapan mudah untuk soalan tersebut ialah Ya, kuah mengandungi kalori dan kuah boleh memperlahankan proses menguruskan badan. Seperti yang ramai tahu, untuk mengurangkan lemak, kita perlu pastikan kalori yang kita makan lebih sikit berbanding kalori yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Macam mana cara untuk pastikan jumlah kalori yang kita gunakan (kalori keluar) lebih tinggi dari kalori yang kita makan (kalori masuk)? Ada dua cara, iaitu pertama, dengan memastikan kalori yang kita makan adalah rendah antaranya melalui: 1. Kurangkan minum minuman berkalori seperti milo, susu, bubble tea dan lain-lain minuman manis. 2. Kurangkan kalori dari kuah atau ta...

5 faktor yang membuatkan ramai berjaya menurunkan berat badan

(Tak kira jenis diet apa sekalipun yang anda ikuti) Kalau kita dekat social media sekarang, ramai orang yang bertelagah tentang diet mana yang paling berkesan dalam menurunkan berat badan. Ada yang kata diet Atkin, ada yang kata diet suku-suku separuh, ada yang kata eat clean, malah ada juga yang kata diet makan telur rebus paling berkesan. Padahal, jenis diet ni bukan lah pekara yang penting sangat pun dalam menentukan samada seseorang itu akan berjaya menurunkan berat badannya atau tidak. Sebaliknya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu dalam usahanya untuk menurunkan berat badan amat lah bergantung kepada 5 faktor ini. 1. PERSEKITARAN Tak kira apa program atau jenis permakanan yang anda ikuti, anda tidak akan berjaya sekiranya persekitaran anda tidak konduktif. Sebagai contoh, pasti sukar untuk anda berjaya sekiranya peti ais rumah anda dipenuhi dengan aiskrim, jajan dan pelbagai jenis makanan tinggi kalori, di Facebook dan IG anda follow page-page restoran, dan anda dikelilingi ol...

Cara untuk makan secara sihat tanpa memasak setiap hari

Percayalah, antara skill paling penting kau kena ada kalau nak jadi sado secara semula jadi dan sihat ialah memasak. Makanan yang dijual kat kedai biasanya memang tak berapa sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan atau nak sadokan badan. Tapi masalahnya dengan memasak ni, hampir semua orang boleh memasak sikit-sikit. Tapi tak semua orang ada masa nak memasak. Tambah lagi zaman sekarang ni, kerja 8jam, rehat makan 1 jam, perjalanan pergi dan balik kerja 1 jam dan tidur 8jam. Kau habiskan 18 jam sehari untuk kerja dan tidur sahaja. Macam mana nak masak? Kepada bakal abang-abang sado dan akak-akak slim diluar sana, jangan risau. Ini caranya 1 hari memasak mingguan Antara cara paling mudah untuk memastikan kita stay on diet tanpa terbabas ialah dengan melakukan penyediaan makanan untuk bekalan selama 1 minggu. (atau 3 hari) Cara ini telah diguna pakai oleh penggemar-penggemar gym di seluruh dunia untuk memastikan mereka mendapat jumlah protein, lemak, nutrisi d...

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi...

Diet selalu kantoi? Guna taktik mudah ni untuk pastikan diet anda kekal ON

Plan nak makan sehari 4 kali, tapi terlajak pula makan biskut tengah malam Ingat malam nak makan oat dengan buah je, lepas tu rasa lapar terlajak pula makan nasi goreng Biasa tak kantoi diet macam ni? Atau berdepan dengan situasi yang lebih kurang macam ni? Kalau pernah jangan risau, dalam post kali ni aku akan kongsi satu taktik nak elakkan diet kau dari terkantoi. Taktik ni juga boleh digunakan untuk menahan lapar. Alihkan perhatian kau jauh dari makanan Kadang-kadang yang kau rasa macam nak makan tu bukan sebab kau lapar, tapi sebab kau dah terbiasa dengan habit sikit-sikit cari makanan. Selain tu kau jugak mungkin rasa macam lapar sebab kau bosan. Dalam kes macam ni, kau boleh elakkan diet kau dari kantoi dengan cara mengalihkan perhatiankan dari makanan , tapi sebelum kita cerita pasal teknik kita cuba check dulu samada kau betul-betul lapar atau tak. Macam mana nak tau kau betul-betul lapar atau tak? Bayangkan kau tengah makan sayur, best tak? Kalau sampa...

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan. cara nak jadi sado macam ni 80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam. Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman. So, makan apa kali ni? Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan. Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protei...