Bayangkan, kau bangun, kau pergi ke area bersenam dan terus mulakan training kau. Tak payah nak redah trafik, tak perlu nak bersesak dengan orang lain dan tak perlu buang masa tunggu giliran nak guna equipment. Hanya kau dengan kau punya body goal. Itulah kelebihan ada home gym. Zaman sekarang ni, masa itu duit. Lagi pun macam mana kau nak capai body goal kau kalau nak mulakan training pun banyak halangan kau kena hadap. Sebab tu aku anggap home gym ni bukan untuk bermewah tapi satu kelebihan taktikal untuk aku berbanding orang lain. 1 - Jimat masa kaw-kaw Aku cakap direct la. Nak pergi ke gym, dengan trafik lagi, dengan nak cari parking, dengan nak tunggu orang guna equipment, semua ni pada aku boleh mengganggu momentum. Tapi bila dah ada home gym, aku dah tak payah fikir semua ni. Training aku start bila aku nak, aku pun tak payah nak fikir pasal perjalanan nak balik rumah pulak lepas aku habis training. Kalau perjalanan setiap kali pergi dan balik gym memakan masa t...
Salah satu masalah yang kita biasa dengar berulang kali daripada orang yang cuba nak jalanani gaya hidup fitness ni ialah dia kekurangan tenaga dan rasa lemau je. Terutama sekali bagi yang bekerjalah. Kalau kerja shift 12 jam sehari kata penat, tu kita boleh terima. Tapi yang kerja pejabat sehari 8-9 jam pun mengadu penat, mungkin beberapa tips ni boleh membantu. 1 - Tidur 7-9 jam sehari Biasanya semakin kau penat, semakin lama kau perlu tidur. Untuk hari pertama hingga ke tiga mungkin kau perlu tidur lebih dari 7jam sebab badan memang tak cukup rehat. Kadang kala sehingga 12jam. Tapi bila badan dah mula recover, kau boleh tidur dalam 7-8 jam. Jadikan 7-8 jam tidur sehari sebagai habit dan pastikan kau tak terlewat tidur lagi lepas ni 2 - Minum air kosong banyak Kalau di barat, ada yang cadangkan sehari satu galon air. Pada aku macam banyak sangat pula. Sebab tu aku rekomen dalam 2 ke 3 liter per hari. Ini kerana, kadang kala kau bukan penat pun cuma kekurangan air. 3 - Kurangkan minum...