Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

Guna 2 trick ni untuk jogging lebih jauh tanpa henti

    Jogging ni adalah salah satu senaman kardio yang bagus. Sebab mudah, low impact dan sesuai untuk newbies. Tapi kau mungkin tak mampu untuk jogging tanpa henti untuk jarak yang jauh. Jadi kali ni aku nak kongsi beberapa trick yang kau boleh guna untuk jogging tanpa henti jarak jauh. 1 - Seret kaki bila penat Cara paling mudah untuk jogging tanpa henti, ialah kau jangan berhenti. Haha Apa yang kau boleh buat bila kau dah mula rasa penat, ialah kurangkan ketinggian dan jarak langkah yang kau ambil ketika berjogging seolah-oleh kau menyeret kaki. Trick ni aku belajar dari kawan-kawan sewaktu aku join team rugbi waktu kat sekolah. Juru latih suruh jogging 20 pusingan padang bola. Dia berdiri tepi padang. Apa kami buat ialah, waktu lalu depan dia kami jogging betul. Dah jauh sikit di hujung padang bola tu kami seret je kaki kami tak jogging pun. Jadi kami kurang penat walaupun masih berjogging keliling padang. 2 - Gunakan muzik Jangan dengar lagu cinta pula. Sebaliknya gunakan lagu-lagu

Nak ber-gym dirumah tapi rumah sempit? Kau cuma perlu 4 alat sahaja

 Apabila kita pergi gym, mestilah tujuan kita untuk bersenam. Sama ada untuk buat weight training, atau cardio. Tapi bukan semua orang ada masa nak weight training di gym. Bagi mereka yang bekerja 12 jam shift sehari dan mempunyai komitment keluarga, tentu la masa nak pergi gym tu terhad melainkan kalau gym tu memang depan rumah. Jadi home gym adalah solusinya. Tapi bagimana nak ada home gym kalau rumah kite sempit dan ruang tak banyak? Ini caranya. Kita mulakan dengan benda yang paling asas. 1 - Adjustable Dumbell Ini adalah peralatan paling asas yang perlu kau ada. Ada adjustable dumbell, auto kau boleh start ber-gym kat rumah. Dumbell ni tak makan banyak ruang, senang nak simpan, murah dan boleh ditambah beratnya dengan membeli lebih banyak plate. Aku cadangkan korang beli terus yang sepasang 15kg setiap sebelah. Plate tambahan boleh dibeli sedikit demi sedikit apabila kau dah semakin kuat dan boleh mengangkat beban yang lebih berat. Aku cadangkan dumbell dan plate besi. Tapi kalau

Melayani lapar - sesuatu yang ramai tak mahu terima

    Dalam proses untuk menguruskan badan. Kita perlu makan pada kadar kalori defisit. Ini bermakna, tenaga atau kalori (makanan) yang kita masukkan dalam badan mestilah lebih sedikit berbanding tenaga yang kita gunakan untuk kehidupan dan aktiviti sehari. Berada dalam keadaan kalori defisit untuk seminggu -dua tidak akan mengurangkan lemak dalam badan kau. Sebaliknya kau kena pastikan dalam sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hari, badan kau berada dalam keadaan kalori defisit pada kebanyakan hari nya. Rasa lapar itu normal, dan boleh dianggap sebagai sebahagian dari experience yang kau akan rasa dalam proses menguruskan badan Apabila kau berada dalam keadaan kalori defisit untuk tempoh masa yang lama, sudah tentu ada masa-masa tertentu kau akan rasa lapar tu. Malahan bukan setakat lapar, craving makanan-makanan manis dan berlemak pun adalah antara pekara yang biasa dirasai oleh mereka-mereka yang cuba untuk buang lemak dalak badan. Malah ada yang sampai tahap sakit kepala pada seminggu

4 pekara ni akan bantu menjimatkan masa meal prep anda

  Meal prep sudah terbukti amat membantu bagi mereka yang nak fit atau jaga permakanan tapi tak cukup masa nak memasak hari-hari. Tapi macam mana kalau nak meal prep 3hari atau seminggu sekali pun kita rasa macam tak cukup masa? Kau boleh kurangkan masa untuk meal prep kalau kau buat 5 pekara ni. 1 - Beli peralatan/bahan yang memudahkan proses memasak. Peralatan dan bahan memasak moden zaman sekarang banyak membantu mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, kau boleh beli pes ikan bakar segera, sambal segera, bawang putih dah siap kupas, dan pelbagai lagi bahan masakan yang dah sedia untuk di masak bagi menjimatkan masa memasak kau. Peralatan moden macam air fryer dan blender pun membantu mengurangkan masa memasak. Mungkin kau kena keluar modal lebih sikit untuk beli bahan-bahan dan peralatan ni semua tapi pada aku duit yang dibelanjakan itu, “dilaburkan” pada diri sendiri dan untuk mencapai matlamat sendiri. Jadi, berbaloi lebur duit. 2 - Pilih resepi simple Pada aku, meal prepin