Dalam post kali ini
aku nak bercakap berkenaan habit. Tak kira apa jenis diet pun kau
ikut dan apa jenis senaman pun yang kau buat, kau tak akan berjaya
kalau kau tak konsisten dan berterusan.
Untuk berjaya dalam
fitness kau perlu konsisten dalam jangka masa yang panjang, dan untuk
jadi konsisten, kau perlu menjadikan senaman dan permakanan sihat
sebagai habit baru kau.
Benda ni boleh
digunakan untuk pacu kejayaan kau
Pernah tak benda yang hampir sama seperti ini berlaku kat kau?
Setiap hari bila tamat waktu kerja, kau akan thumb print, start
engine motor, balik rumah, sampai rumah buka baju kemudian bersandar
di sofa selama 15 minit. Setiap hari kehidupan kau macam ni dari
isnin sampai sabtu.
Satu hari kau rancang nak goreng telur bila sampai rumah. Tapi lepas
sampai je di rumah, kau buka baju dan bersandar di sofa. Kau pun
tepuk dahi “Laa, malas betul nak goreng telur”
Ini adalah disebabkan oleh habit kau lepas sampai rumah terus
bersandar dulu. Bila sesuatu perbuatan yang sama itu di ulang setiap
hari ia akan mula bertukar menjadi habit dan kau akan buat benda tu
secara automatik tanpa berfikir.
Habit pula adalah sesuatu yang sangat susah untuk ditukar
Rupanya-rupanya
habit buruk dan baik tak ada beza
Pekara yang sama boleh berlaku pada cara kau makan dan bersenam.
Kalau setiap malam kau makan ais krim selepas makan nasi, kau akan
rasa susah untuk makan nasi tanpa pencuci mulut sebab kau dah jadikan
ais krim atau pencuci mulut itu sebagai satu habit.
Macam tu juga kalau kau jadikan senaman sebagai satu habit.
Contohnya, setiap hari pada pukul 6.00 petang kau akan berada di gym,
kau akan dapati sangat susah untuk kau duduk rumah pada pukul 6.00
petang sebab kau dah jadikan berada di gym pada pukul 6 sebagai
habit.
Bukan itu je, kau juga akan rasa susah untuk berada di gym pada waktu
lain selain 6 petang sebab otak dan badan kau dah automatik set pukul
6 petang = gym. Walaupun jenis senaman yang kau buat di gym tu sama
sahaja tak kira pukul berapa kau pergi.
Baca ni kalau kau
nak cipta habit baru yang sihat
Kuasa habit boleh digunakan untuk makan secara sihat, bangun awal
setiap pagi, bersenaman secara konsisten, menguruskan masa dengan
lebih efektif malah kau juga boleh gunakan kuasa habit untuk pastikan
kau solat 5 waktu tepat pada waktunya.
Dalam kata lain, kau boleh gunakan kuasa habit untuk menjadi diri kau
yang lebih baik.
Cara ni boleh
bantu kau cipta habit baru
Banyak method yang kau boleh guna untuk cipta habit baru. Antaranya
termasuklah;
-
Kaedah Rangkaian X
-
Kaedah Cabaran 30 hari
-
Kaedah Tanpa-Hari-Sifar
-
Kaedah kemenangan kecil
Jemput pilih.
Sebenarnya tak semua orang sesuai menggunakan semua method.
Maksudnya, kalau Method Kesan X sesuai dan berjaya untuk Ali, method
yang sama mungkin tak sesuai dan tak berkesan bagi Abu dan Aminah.
Kerana setiap individu itu unik dan berbeza.
Macam tu juga dengan habit. Contohnya, Method Hari Kosong mungkin
sesuai untuk mencipta habit minum air 1 liter sehari. Tapi bila Ali
gunakan method yang sama untuk cipta habit bersenam 30 minit sehari,
Ali dapati iainya kurang efektif.
Kaedah Rantai X
kaedah rantai X sangat sesuai untuk membina habit-habit mudah seperti
minum air 3 liter sehari atau kemas katil setiap bangun pagi.
Untuk menggunakan kaedah ini. Kau akan perlukan sekeping kad atau
kalender macam dalam gambar kat bawah.
http://imgur.com/gallery/tnZTp |
Setiap kad untuk satu habit. Aku tak galakkan kau untuk serang 5 ke 6
habit serentak. Pada aku lebih berkesan kalau kau mulakan 1 atau 2
habit baru je. Contohnya, minum air 3 liter sehari.
Setiap hari kau berjaya, kau kena pangkah pada hari tersebut. Kalau
gagal, tandakan bulat contoh macam gambar kat bawah.
Matlamat kau adalah untuk menjadikan tanda X bersambung bagaikan
rantai
Kaedah cabaran 30
hari
Kaedah cabaran 30 hari ialah satu kaedah yang berbentuk cabaran untuk
membina habit secara sedikit demi sedikit.
Contohnya kalau kau sasarkan untuk minum air 3 liter sehari. Kau
boleh mulakan dengan minum segelas air pada hari pertama, 2 gelas
pada hari keduanya dan tingkat kan pengambilan air sampai la kau
minum air sebanyak 3 liter setiap hari apabila kau sampai pada hari
ke 28, 29 dan ke 30 cabaran.
Kaedah Tanpa Hari
Sifar
Method ini sesuai untuk memcipta habit yang lebih umum dan tidak
spesifik. Contohnya kau nak bina habit bersenam setiap hari, dengan
kaedah tanpa-hari-sifar kau mesti pastikan diri kau tetap bersenam
walaupun hanya dengan melakukan 1 push up.
Walaupun satu push up nampak macam tak payah bersenam pun takpe, tapi
dengan melakukan 1 push up, kau tetap dikira telah melakukan lebih
dari sifar senaman. Inilah konsep tanpa hari sifar.
Kaedah ini sangat sesuai bagi orang yang selalu gagal untuk bina
habit serta orang-orang yang waktu kerja dan kehidupan tidak menentu.
Kaedah Kemenangan
Kecil
“Kemenangan kecil” seperti berjaya mengemas katil selepas bangun
tidur, berjaya basuh pinggan atau pun berjaya menggosok baju akan
memberikan kau momentum untuk buat lebih banyak pekara-pekara yang
akan meningkatkan diri kau.
Untuk mempraktikkan kaedah ini, kau mesti buat benda-benda yang
nampak kecil tapi boleh memberikan kepuasan pada diri seseorang bila
dia berjaya melakukannya. Contoh macam;
-
Kemas bilik
-
Basuh pinggan
-
Basuh baju
-
Mop lantai
-
Masak makanan berkhasiat
Tujuannya supaya kau dapat rasakan “kemenangan kecil” dan
kepuasan lepas selesai buat semua benda ni. Kemudian perasaan puas
itu akan menjadi satu momentum untuk kau buat lebih banyak
benda-benda berfaedah seperti besenam dan mengawal permakanan.
Ulasan
Catat Ulasan