Ramai orang dah tau bahawa untuk menurunkan berat badan, kalori yang kita makan mestilah lebih sikit dari kalori yang kita keluarkan. Kebanyakan orang menggunakan lebih kurang 1800 ke 2000 kalori sehari, manakala bagi orang yang aktif seperti pekerja buruh dan penggemar gym, mereka menggunakan lebih kurang 3000 ke 4000 kalori sehari. Maka, ramai orang cuba untuk kuruskan badan dengan mengira kalori harian yang mereka ambil, dan mereka cuma ambil 1200 kalori sahaja untuk setiap hari. Tapi mereka tetap tak kurus juga. Kenapa? Ini boleh berlaku, antara sebabnya ialah 1. Kiraan mereka salah Ramai yang tak suka dengar bila di beritahu yang mereka salah, tapi itu lah hakikatnya. Ramai yang tak tahu yang segala macam apps, dan pengiraan yang mereka guna untuk mengira kalori bukan lah 100% tepat. Tambahan lagi, kebanyakan orang lebih cenderung untuk undervalue jumlah kalori yang mereka anggarkan. Contohnya, bila mereka makan 2 senduk nasi, kuantiti 2 senduk nasi yang mereka ceduk mungkin tak s...
Rakyat yang sado ialah rakyat yang patriotik.