Langkau ke kandungan utama

Cara jimat dan simple nak kuruskan badan tanpa produk

 

 Zaman sekarang ni banyak kita baca di sosial media tentang kesan sampingan produk-produk melangsingkan badan. Tak kurang juga komen-komen yang mengatakan produk-produk kuruskan badan ini tak berkesan.

 Sebab itulah dalam post kali ni aku nak share cara paling senang tak payah pening kepala untuk anda semua kuruskan badan tanpa menggunakan produk-produk ni semua. Jimat duit, tak pening kepala dengan program kuruskan badan dan yang paling penting sekali, mudah untuk dilaksanakan.

 Sebelum aku cerita tentang kaedah mudah untuk kuruskan tanpa produk ni, jom kita tengok dulu apa kaedah-kaedah nak kuruskan badan yang ada di internet sekarang, dan kenapa kaedah-kaedah ini semua susah untuk dilaksanakan.

Diet Keto, Diet Vegan, Diet mediterranean, Mengira kalori dan pelbagai jenis diet lagi.


Untuk pengetahuan anda, kesemua jenis diet ini berkesan kalau setakat nak menurukan berat badan. Cuma masalah nya adalah terlampau banyak sangat pantang larang dan benda yang kita perlu buat kalau kita nak amalkan diet-diet ni.

Sebagai contoh, pengiraan kalori memang berkesan kalau kau nak turunkan berat badan. Tapi nak mengira kalori dengan tepat untuk setiap hidangan yang kau makan pada setiap hari itu susah. Memerlukan masa dan disiplin yang sangat banyak.

Begitu juga dengan diet lain seperti diet keto contohnya dimana orang yang ingin mengamalkan diet ini perlu mengurangkan pengambil apa sahaja jenis gula dan kaborhidrat termasuk buah-buahan. Bukan semua orang mampu bertahan tanpa kaborhidrat malah diet jenis ini sangat sukar di amalkan kalau kau adalah jenis yang suka makan diluar.

Jadi apa cara nak kuruskan badan tanpa produk yang paling mudah untuk dilaksanakan? Ikuti tips-tips ini.

Ada waktu makan yang konsisten
Jangan Makan sambil tengok TV, sambil main game ataupun sambil buat kerja. Sebaliknya, tetapkan waktu makan yang konsisten untuk diri anda pada setiap hari. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih untuk bersarapan pada pukul 7 pagi, pastikan anda bersarapan pada waktu yang sama pada setiap hari.

Begitu juga untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Elakkan dari makan sambil buat pekara lain dan cuba untuk makan hanya pada waktu-waktu yang kau dah tetap kan tadi.

Kawal kuantiti makanan/portion setiap kali makan
Ada sesetengah diet memerlukan kau untuk timbang berat nasi dan kira kalori setiap kali kau makan. Pada aku cara diet yang macam ni tak memudahkan, dan bila tak mudah maka susahlah untuk kau mulakan diet tu dan kekal konsisten

Sebab tu aku berpendapat daripada kira kalori, lebih baik kawal portion. Kau tak perlu berpantang apa-apa jenis makanan. Makan saja apa yang kau nak makan, ayam goreng ke, pizza ke tapi pastikan kau makan makanan tu dalam kuantiti yang sedikit.

Bila kau makan sikit, secara logiknya kalori yang masuk dalam badan kau pun sikit. Tak perlu kira kalori secara tepat pun kita tau kalori yang masuk kedalam badan kita hanya sedikit sahja sebab pengambilan makanan kita sedikit portion nya.

Pilih untuk bergerak
Banyak cara untuk kita jadi aktif walaupun kurang bersenam antaranya termasuklah

parking kereta jauh sikit dari kedai yang kita tuju
Pilih untuk guna tangga kalau setakat nak naik setingkat dua
Berjalan kaki kalau nak ke kedai yang dekat

Jadi setakat itu je perkongsian aku dalam post kali ini. Jangan lupa untuk cuba 3 tips cara nak kuruskan badan tanpa produk yang aku kongsi tadi. Jumpa lagi pada psoting akan datang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), ma