Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

5 faktor yang membuatkan ramai berjaya menurunkan berat badan

(Tak kira jenis diet apa sekalipun yang anda ikuti) Kalau kita dekat social media sekarang, ramai orang yang bertelagah tentang diet mana yang paling berkesan dalam menurunkan berat badan. Ada yang kata diet Atkin, ada yang kata diet suku-suku separuh, ada yang kata eat clean, malah ada juga yang kata diet makan telur rebus paling berkesan. Padahal, jenis diet ni bukan lah pekara yang penting sangat pun dalam menentukan samada seseorang itu akan berjaya menurunkan berat badannya atau tidak. Sebaliknya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu dalam usahanya untuk menurunkan berat badan amat lah bergantung kepada 5 faktor ini. 1. PERSEKITARAN Tak kira apa program atau jenis permakanan yang anda ikuti, anda tidak akan berjaya sekiranya persekitaran anda tidak konduktif. Sebagai contoh, pasti sukar untuk anda berjaya sekiranya peti ais rumah anda dipenuhi dengan aiskrim, jajan dan pelbagai jenis makanan tinggi kalori, di Facebook dan IG anda follow page-page restoran, dan anda dikelilingi ol