Langkau ke kandungan utama

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Masa plateau berapa lama

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji. 

Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau.

Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya.

Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini?

Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun.

Kenapa harus plateau ini terjadi?
Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus. 

Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), maka badan kau semakin kurus.

Tapi setelah kau berjaya turunkan berat badan kau kepada 70kg, kadar metabolisma badan kau menurun sebab badan kau cuba nak sesuaikan diri dengan jumlah kalori harian yang sedikit berbanding sebelum ni. Kadar metabolisma kau juga menurun sebab saiz otot kau semakin mengecil sepanjang tempoh kau kuruskan badan.

Maka pada berat 70kg, akibat kadar metabolisma yang berkurang, badan kau cuma membakar 1700 kalori sahaja berbanding 2000 kalori sebelum ni. Tapi kau masih lagi kekal dengan permakanan 1700 kalori sehari.

Maka pada ketika ini kalori masuk dan kalori yang keluar dari badan kau telah jadi sama iaitu 1700 kalori sehari. Ini lah yang menyebabkan berat badan kau kekal dan tak boleh turun lantas terjadinya plateau.

Masa plateau berapa lama? : Masalah berat badan plateau ini akan selesai sekiranya kau kurangkan lagi pengambilan dan tingkatkan pengeluaran kalori.

Secara ringkasnya:
Apabila jumlah kalori yang kau makan sama banyak dengan jumlah kalori yang kau guna, maka kau akan berhadapan dengan situasi berat badan plateau. Kaedah menguruskan badan yang selama ini berjaya menurunkan berat badan kau, kini hanya mampu mengekalkan berat kau sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini kau boleh tambahkan lagi senaman yang kau lakukan berbanding sebelum ini supaya jumlah kalori yang kau gunakan meningkat, 

atau kurangkan lagi makan berbanding sebelum ini supaya jumlah kalori yang masuk semakin kurang.

Ada beberapa taktik yang kau boleh guna untuk mengatasi plateau dan terus memastikan kalori yang keluar lebih tinggi dari kalori yang kau makan. Antaranya,

1. Kurangkan karbohidrat seperti nasi, roti dan biskut

Kaborhidrat seperti nasi roti dan biskut sangat bagus sebagai sumber tenaga. Tetapi sekarang ini matlamat kita ialah mengurangkan kalori. Kalori ialah tenaga, maka cara paling mudah untuk kurangkan pengambilan kalori ialah dengan mengurangkan nasi, roti dan biskut.

2. Lakukan senaman membina otot, bukan kardio

Senaman kardio seperti berjalan, jogging dan lompat tali sangat penting untuk kesihatan jantung dan mengelak tekanan darah tinggi. Tapi senaman membina otot seperti dumbell, main angkat besi di gym dan tekan tubi mampu membina dan mengekalkan jisim otot pada badan.

Semakin banyak otot, semakin banyak kalori per hari yang badan kita akan gunakan.

Fun fact : Ini lah puncanya ramai lelaki makan banyak pun badan tak naik. Sebab secara semulajadinya lelaki memiliki otot yang lebih banyak dari wanita. Jadi badan mereka menggunakan kalori lebih banyak.

3. Cuba kurangkan jumlah makanan sehari

Contohnya sebelum ni kau makan sehari 4 kali, sarapan, makan tengah hari, makan petang dan makan malam. Cuba makan 3 kali sahaja contohnya makan malam tak payah makan. 

Ini cara paling senang nak mengurangkan lagi pengambilan kalori harian

4. Kawal tekanan atau stress

Ini yang paling penting sekali. Ramai orang lupa yang stress atau tekanan ni bukan setakat boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit, malah tekanan juga membantutkan proses membina otot, membantutkan proses menguruskan badan serta menyebabkan muka nampak tua.

Senang kata tekanan menyebabkan hidup jadi tak tentu arah dan wajah jadi tak kacak.

Jadi, kalau nak mengatasi fasa plateau ni dengan lebih berkesan, uruskan pekara-pekara yang menjadi punca stress dalam hidup kau. 

Kesimpulannya
Kurangkan pengambilan kalori harian kau dengan lebih lagi untuk mengatasi masalah berat badan plateau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi