Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Kenapa anda tak kurus walaupun cuma makan 1200 kalori sehari?

Ramai orang dah tau bahawa untuk menurunkan berat badan, kalori yang kita makan mestilah lebih sikit dari kalori yang kita keluarkan. Kebanyakan orang menggunakan lebih kurang 1800 ke 2000 kalori sehari, manakala bagi orang yang aktif seperti pekerja buruh dan penggemar gym, mereka menggunakan lebih kurang 3000 ke 4000 kalori sehari. Maka, ramai orang cuba untuk kuruskan badan dengan mengira kalori harian yang mereka ambil, dan mereka cuma ambil 1200 kalori sahaja untuk setiap hari. Tapi mereka tetap tak kurus juga. Kenapa? Ini boleh berlaku, antara sebabnya ialah 1. Kiraan mereka salah Ramai yang tak suka dengar bila di beritahu yang mereka salah, tapi itu lah hakikatnya. Ramai yang tak tahu yang segala macam apps, dan pengiraan yang mereka guna untuk mengira kalori bukan lah 100% tepat. Tambahan lagi, kebanyakan orang lebih cenderung untuk undervalue jumlah kalori yang mereka anggarkan. Contohnya, bila mereka makan 2 senduk nasi, kuantiti 2 senduk nasi yang mereka ceduk mungkin tak s

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), ma