Langkau ke kandungan utama

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan.

gambar hiasan untuk artikel cara nak jadi sado
cara nak jadi sado macam ni

80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan
Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam.

Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman.

So, makan apa kali ni?
Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan.

Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protein yang terbaik dan sedap ialah dada ayam, telur ayam, daging, ikan dan peanut butter.

Adakah kita perlukan protein powder? : Pada aku kalau tak ada budget tak perlu beli pun tak apa. Dan aku lagi suka dapatkan protein dari makanan sebab aku memang suka makan.

Makan fastfood jela hari-hari? : Makan ayam memang sihat tapi makanan fast food biasanya banyak perasa tambahan. Sebab tu lagi elok kalau ayam di masak sendiri.

Kesimpulannya, untuk permakanan. Banyakkan makan haiwan dan sayur. Dan makan bijirin seperti nasi, tepung dan kentang sedikit sahaja.

Lepas tu kita tidur
Badan kau tak kan berotot dengan cepat kalau kau tak cukup tidur, walaupun kau angkat besi. Untuk dapatkan efek yang maksimun dengan cepat. Kau kena pastikan tidur kau cukup selain daripada mengawal permakanan.

Tidur yang cukup biasanya dalam lingkungan 7 ke 8 jam sehari. Kalau kau susah nak dapatkan tidur yang cukup sebab faktor kerja, ini adalah masa yang sesuai untuk cari pekerjaan yang boleh memberikan kau keseimbangan antara work-life.

Sekarang baru kita angkat berat
Lepas kita dapat mengawal permakanan dan berjaya mendapatkan tidur yang cukup, baru kita angkat berat.

Angkat berat ni tak bermaksud kena pergi gym dan angkat besi. Kau boleh angkat berat tanpa pergi ke gym pun, dengan cara angkat badan kau sendiri. Contohnya seperti melakukan senaman-senaman seperti push up, dips dan squat.

Kalau di luar negara, senaman berat badan atau dikenali sebagai bodyweight workout atau calisthenic memang dah cukup popular. Malas ramai yang bina badan dengan cara mengamalkan senaman-senaman berat badan ini sahaja.

Kalau di Malaysia. Aku perhatikan senaman calisthenic, bodyweight atau bar ni ramai di amalkan oleh golongan-golongan muda dan remaja. Dan hasil yang diorang dapat sangat-sangat mengagumkan pada pandangan aku.

Kenapa tak ramai orang sado?
Kalau semudah ni cara nak jadi sado kenapa tak ramai orang sado? Sebab pemikiran dan habit.

Kebanyakan orang di Malaysia memiliki “victim-minded”. Orang yang minded macam ni susah nak pergi jauh.

“Makanan sihat mahal sebab tu susah nak sado”
“Dah tua-tua tak payah bersenam la”

Orang yang victim-minded akan sentiasa merasakan diri dia adalah mangsa keadaan sedangkan yang menyebabkan dia kekal ditakuk lama adalah cara di berfikir.

Untuk berjaya tak kira dalam apa bidang sekali pun, kita perlukan minded yang sukakan kejayaan dan penambah baikkan. Kalau dulu miskin kita nak jadi kaya, kalau dulu tak sado kita nak jadi sado, kalau dulu tak ramai kawan kita nak ramai kenalan.

Tak kira berapa umur kita atau dari mana asal kita atau apa pun yang kita tempuhi dalam hidup, kita sentiasa tahu yang kita ada potensi untuk jadi lebih baik dan kita NAK jadi lebih baik. Ini lah minded yang kena ada dalam kepala kalau nak jadi berbeza dengan orang lain.

Self-improvement for life

Macam tu juga dengan habit. Bila kita dan jadikan permakanan dan senaman sebagai satu habit, akan menjadi sangat mudah untuk kita jadi sado. Macam automatik. Boleh sambung baca berkenaan habit kat sini http://bit.ly/2isbOMr

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan.
Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori.

Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk.
Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan.
Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari.
Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kurangkan makan. Sebaliknya hanya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Hanya makan binatang dan sayur. Diet jenis in…

Ini sebab sebenar berat badan kau tak turun-turun

Dalam post kali ini aku nak bercakap berkenaan habit. Tak kira apa jenis diet pun kau ikut dan apa jenis senaman pun yang kau buat, kau tak akan berjaya kalau kau tak konsisten dan berterusan.
Untuk berjaya dalam fitness kau perlu konsisten dalam jangka masa yang panjang, dan untuk jadi konsisten, kau perlu menjadikan senaman dan permakanan sihat sebagai habit baru kau.
Benda ni boleh digunakan untuk pacu kejayaan kau
Pernah tak benda yang hampir sama seperti ini berlaku kat kau?
Setiap hari bila tamat waktu kerja, kau akan thumb print, start engine motor, balik rumah, sampai rumah buka baju kemudian bersandar di sofa selama 15 minit. Setiap hari kehidupan kau macam ni dari isnin sampai sabtu.
Satu hari kau rancang nak goreng telur bila sampai rumah. Tapi lepas sampai je di rumah, kau buka baju dan bersandar di sofa. Kau pun tepuk dahi “Laa, malas betul nak goreng telur”
Ini adalah disebabkan oleh habit kau lepas sampai rumah terus bersandar dulu. Bila sesuatu perbuatan yang sama itu …