Langkau ke kandungan utama

Idea hidangan harian

Kalau diperhatikan, kebanyakan idea hidangan yang ada dalam post ni menggunakan nasi dan roti. Ini adalah sebab nasi dan roti murah dan mengenyangkan.

Kalau berkemampuan dari segi kewangan atau waktu pasaraya buat promosi, kau boleh tukar beras biasa dengan beras perang berserat tinggi sebab beras jenis kurang kanji dan tinggi serat baik untuk kesihatan.

Ingat, orang yang sihat ialah orang yang kacak/jelita.

Sarapan



Roti dua keping + peanut butter
Kopi O / Teh O / Susu

Sandwich telur
Kopi O / Teh O / Susu

Roti canai
Kopi O / Teh O / Susu

Makan tengah hari / malam

Nasi 2 senduk + Sayur 2 senduk + Ikan / Ayam / Telur
Epal / Lai / Oren / Pisang Sebiji
Air suam / Teh O

Nasi 2 senduk + Sayur 2 senduk + Daging / Sotong / Udang 1 senduk
Betik / Tembikai / Nenas sepotong
Air suam / Teh O

Mee goreng / Bihun goreng / Kuew tiaw 1 cawan (kecil) + Telur mata + Timun separuh batang (di hiris)
Buah-buahan
Teh O / Air suam

1 Set chicken chop
Buah-buahan
Teh Hijau

Burger daging / Benjo (extra sayur)
Buah-buahan
Limau ais

Bila tiada halangan dari segi duit dan masa, aku galakkan makanan-makanan ni ditukar dengan versi yang lebih mesra-kesihatan. Contohnya

Beras putih ditukar kepada beras perang tinggi serat
Roti putih ditukar kepada roti gandum penuh
Chicken chop ditukar kepada ayam bakar homemade
Minum cuka epal

Atau macam yang aku cakap dalam post sebelum ni, kalau mampu dari segi duit dan masa, boleh la cuba diet rendah kaborhidrat atau kira pengambilan kalori harian kau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik.

So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni.
Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni.
Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya.
Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebiasaan, manusia menggunakan sebanyak 2000 h…

Cara untuk makan secara sihat tanpa memasak setiap hari

Percayalah, antara skill paling penting kau kena ada kalau nak jadi sado secara semula jadi dan sihat ialah memasak. Makanan yang dijual kat kedai biasanya memang tak berapa sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan atau nak sadokan badan.
Tapi masalahnya dengan memasak ni, hampir semua orang boleh memasak sikit-sikit. Tapi tak semua orang ada masa nak memasak. Tambah lagi zaman sekarang ni, kerja 8jam, rehat makan 1 jam, perjalanan pergi dan balik kerja 1 jam dan tidur 8jam.
Kau habiskan 18 jam sehari untuk kerja dan tidur sahaja. Macam mana nak masak?
Kepada bakal abang-abang sado dan akak-akak slim diluar sana, jangan risau. Ini caranya
1 hari memasak mingguan Antara cara paling mudah untuk memastikan kita stay on diet tanpa terbabas ialah dengan melakukan penyediaan makanan untuk bekalan selama 1 minggu. (atau 3 hari)
Cara ini telah diguna pakai oleh penggemar-penggemar gym di seluruh dunia untuk memastikan mereka mendapat jumlah protein, lemak, nutrisi dan kalori yang cukup. Tak…

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan.

80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam.
Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman.
So, makan apa kali ni? Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan.
Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protein yang terbaik dan sedap ialah dada ayam, telur ayam, daging, ikan d…