Langkau ke kandungan utama

Rasa rugi untuk makan dikedai semasa berdiet


 Salah satu mindset yang ada pada orang Malaysia ni bila mereka berdiet ialah mereka akan rasa rugi bila makan di kedai makan. Yela, bayar harga makanan sama tapi dia terpaksa ambil makanan sikit. Kalau ambil banyak risau kelaut pula diet nya.

Sebab ini, ramai yang memilih untuk tidak berdiet bila hari mereka terpaksa makan diluar. Contohnya macam waktu mereka tak sempat meal prep atau memasak. 

Sebenarnya, ini ialah satu mindset yang tak betul. Ini sebab-sebabnya.

1. Rugi satu hari semata-mata sebab tak sempat masak

Kalau kita off diet kita setiap kali kita terpaksa makan dikedai, ini akan melambatkan lagi progress kita dan menyebabkan kita kurus lebih lambat.

2. Proses penurunan berat badan jadi lebih menyusahkan

Bila kita tak berdiet setiap kali terpaksa makan dikedai, ini menunjukkan bahawa diet kita tidak fleksibel. Sedikit kesilapan seperti tidak sempat memasak menyebabkan progress diet kita terdunda.

Jadi apa mindset yang lebih sesuai untuk orang yang nak berdiet ni?

Mindset yang lebih baik ialah bila kita berfikiran macam ni

"Aku ambil makanan sikit tapi bayar harga sama, aku rugi sikit dari sudut harga yang aku bayar,. Tapi, aku dapat kekalkan momentum untuk capai matlamat diet aku. Matlamat aku lebih penting"

Kalau kita berfikiran macam ni, maka akan lebih mudah untuk kita kekal dengan progress kita. Dan diet kita juga akan jadi lebih fleksibel dan konsisten.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), ma